Pelajar ketagih seks di kandang kambing

Seorang pelajar wanita tingkatan tiga yang ketagih seks sanggup membuang lebih 10 pucuk surat amaran yang dihantar pihak sekolah semata-mata mahu terus bermadu kasih dengan teman lelakinya di dalam kandang kambing di Jenderam Hulu di Sepang, Selangor sejak tiga bulan lalu.

Pihak sekolah terpaksa menghantar surat amaran berulang kali ke rumah pelajar itu kerana gadis terbabit kerap ponteng sekolah dalam tempoh itu.

Pelajar berusia 15 tahun itu pula akan membuang surat-surat dari pihak sekolah yang sampai ke rumah bagi mengelak tembelangnya diketahui ibu bapanya.

Sepanjang memadu kasih dengan pemuda berusia 19 tahun itu, mangsa dikatakan mengambil pil pencegah kehamilan yang dibeli kekasihnya setiap kali sebelum mereka melakukan hubungan seks.

- KOSMO!
Next Post Previous Post
3 Comments
  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Rabu, 8 Julai 2009 pada 8:59:00 PTG SGT

    allahu akbar..
    ape nuk jd mnusia skg nie..
    dikata bodoh karang marah..
    dikata pandai karang megah..
    buat bnda yg bukan2..
    astaghfirullah..

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Rabu, 8 Julai 2009 pada 11:08:00 PTG SGT

    ape punca ktagih tu ?
    slalu tgk pornografi??
    umur baru 15thn tp dah buat bnde yg xspatutnye dibuat mase ni iaitu blajar.
    klu dh mcm ni kesnye,berhentikan skolah,kawin jer terus ... buatlah sesuka hati dia di mana2 dan bila2 mase pun..huhhh!

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Khamis, 9 Julai 2009 pada 2:48:00 PTG SGT

    kenapa remaja terlalu muda untuk terdedah pada seks sehingga boleh ketagih? Adakah ini salah parents or salah mereka sndri? kita kurang beri pendedahan or over expose? pening jadi mak bapa pada zaman skg.

Add Comment
comment url