Rakaman unggul dengan telefon bimbit N86


Mengetengahkan kelainan pada model telefon bimbitnya kali ini, peneraju industri telekomunikasi mobiliti, Nokia telah tampil dengan model terbaru, Nokia N86.

Sesuatu yang berbeza, model berkenaan dilengkapi dengan keupayaan pengimejan terbaik menerusi kamera lapan megapiksel.

Didatangkan dengan lensa Carl Zeiss Tessar, ia pastinya menjanjikan kepuasan dari segi kualiti foto yang dirakam tidak kira dalam situasi apa sekali pun.

Selain keunggulan fungsi megapiksel, kamera pada telefon bimbit itu turut dilengkapi dengan ciri apertur boleh laras untuk kesempurnaan rakaman sama ada dalam keadaan cahaya yang amat terang atau samar.

Bagi tujuan rakaman imej bergerak pula, aplikasi kameranya mempunyai fungsi shutter mekanikal pantas serta teknologi pengurangan kekaburan automatik.

Dari segi masa pemprosesan foto, ia mempunyai keupayaan yang lebih cepat berbanding telefon bimbit berkamera lain.

Pengguna juga boleh memuat naik kesemua foto yang telah di rakam secara terus ke laman web rangkaian sosial menerusi perkhidmatan Ovi Share dan Flickr.

Di samping kualiti cemerlang, peranti itu juga dilengkapi dengan ruang simpanan memori binaan dalam lapan gigabait (GB) untuk simpanan foto sehingga 4,000 keping.
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url