Ziana Zain lahir anak kembar
Pengurus Ziana, Lisa Aryanty Tahir, berkata bayi lelaki seberat 2.1 kilogram dilahirkan pada jam 10 pagi disusuli bayi perempuan dengan berat 1.7 kilogram.
Lisa berkata, penyanyi yang popular dengan lagu Menadah Gerimis itu pada awalnya dijangka melahirkan anak pertengahan Ogos depan.
Bagaimanapun, dia dinasihatkan doktor supaya segera menjalani pembedahan apabila tekanan darahnya tidak menentu sejak beberapa hari lalu dan dimasukkan ke hospital jam 10 malam, kelmarin.
“Alhamdulillah, semua mereka berada dalam keadaan sihat. Tiada sebarang komplikasi dihadapi biarpun Ziana melahirkan anak kembarnya terlebih awal,” katanya.
- BERITA HARIAN
wah twin..besnye.
so..anak kak ziana 4 laki la kn?
:D
twin??