Cantik, ilmu seiring - Noraishah


Lima tahun lalu gadis berusia 22 tahun ini berjaya memperolehi 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kejayaan yang diperoleh melayakkan gadis manis berkulit cerah dan tinggi lampai ini melanjutkan pelajaran di United Kingdom.

Berkongsi rutin hariannya, Noraishah yang mengambil jurusan Pengurusan Perniagaan gemar membeli -belah, membaca dan berjoging.

Mengakui dirinya high maintenance, Noraishah tidak pernah mengabaikan penjagaan kecantikan.

“Setiap hari saya akan melakukan penjagaan wajah dengan pembersih dan penyegar. Apabila keluar bersiar-siar, saya akan menggunakan krim pelindung matahari,” cerita pemenang Pencarian Model Estee Lauder 2007 ini.

Berkongsi panduan bergaya, Noraishah sering membeli pelbagai majalah sebagai inspirasi fesyen.

Gadis berbintang Gemini ini menggemari gaya feminin mengikut trend terkini.

Tertarik dengan haruman flora, Noraishah turut mengikuti perkembangan One Drop Perfumes.

Menurutnya, haruman yang mendapat sambutan di kalangan selebriti ini mempunyai haruman yang kekal lama.

“Masa saya mula-mula mengenali haruman ini ketika kawan saya memakainya. Ketika itu saya harumannya juga menarik seperti minyak wangi antarabangsa. Tak sangka haruman tanpa alkohol juga mempunyai kualiti yang tinggi. Bahkan, boleh digunakan untuk bersolat,” ungkapnya.

- MINGGUAN MALAYSIA
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url