Top Ad 728x90

,

Program 3P tawar 24,937 peluang pekerjaan

Kementerian Sumber Manusia menggesa orang ramai, terutama pekerja yang diberhentikan, pekerja yang mahu meningkatkan taraf hidup, graduan dan remaja menganggur menyertai latihan kemahiran bagi mengisi 24,937 kekosongan dalam 80 sektor kerja.

Menterinya, Datuk Dr S Subramaniam, berkata 20 penyedia latihan sedia menawarkan khidmat bagi mengisi kekosongan itu dan setiap pelatih dijamin mendapat pekerjaan bersesuaian dengan kemahiran yang dipelajari.

"Sehubungan itu, kementerian ini melancarkan Program Latihan dan Penempatan (3P) untuk memudahkan pencari kerja baru, yang disertai 300 penyedia latihan yang menawarkan 82 skop latihan dalam 17 bidang.

"Kita bayar Elaun Sara Hidup RM500 bagi graduan dan belia manakala pekerja yang dihentikan akan dibayar elaun antara RM500 hingga RM800 seorang bergantung kepada saiz keluarga masing-masing.

"Namun, saya tidak faham kenapa tidak ramai yang memohon walaupun bidang kerjaya yang ditawarkan amat menarik dan mampu menawarkan gaji lumayan," katanya selepas merasmikan Kempen Pekerjaan Kebangsaan, di sini, semalam.

Subramaniam berkata, program 3P itu akan diiklankan dalam semua akhbar utama negara mulai hari ini hingga 7 September bagi memastikan ia diketahui umum.

Katanya, setakat ini, 38,034 orang sudah menyertai program itu, yang menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) untuk 44 sektor dan sijil penyertaan bagi baki 38 kursus.

"Berdasarkan statistik suku pertama 2009, kadar pengangguran negara ialah empat peratus atau 450,700 orang tetapi saya sendiri pelik kenapa mereka tidak mahu merebut peluang keemasan ini. Tak tahu kerja jenis apa yang dicari.

"Saya cuma mahu nasihatkan jangan terlalu memilih pekerjaan dan kalau mahu gaji lebih tinggi, sertailah program latihan yang disediakan. Kerajaan sudah sediakan peluang kini terpulang kepada usaha anda untuk memanfaatkannya," katanya.

Subramaniam menjelaskan, kementerian juga mahu menggunakan laman web mencari kerja, JobsMalaysia bagi melakukan pemadanan dan penempatan pekerjaan bagi menyelaras pengagihan tenaga kerja negara mengikut keperluan semasa.

- BERITA HARIAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90