Top Ad 728x90

,

Stefania paling menawan


Peserta Venezuela dipilih sebagai pemenang pertandingan ratu cantik Miss Universe 2009, semalam dan mencatat kemenangan kedua berturut-urut dan kali keenam sejak ia diadakan.

Berpakaian gaun merah, Stefania Fernandez, 18, dipeluk wakil dari Republik Dominica yang mendapat tempat kedua sambil menari kegembiraan ketika namanya diumumkan.

Mahkota kemenangan terjatuh seketika apabila ia dipindah daripada pemenang tahun lalu, Dayana Mendoza, kepada Stefania.

Kata Stefania, sebelum ini Dayana sempat berbisik kepadanya supaya berusaha bersungguh-sungguh bagi menaikkan nama Venezuela dan memenangi kejuaraan itu dua kali berturut-turut.

“Apakah yang ada pada warga Venezuela? Jawabnya, diri kami sendiri,” katanya selepas majlis itu.

Kini menuntut dalam bidang perhubungan antarabangsa, Stefania mengalahkan Ada Aimee de la Cruz (Republik Dominica); Droga Ganusha (Kosovo); Rachael Finch (Australia) dan Mayra Matos Perez (Puerto Rico).

Ketika segmen soal jawab bersama lima finalis, Stefania berkata, dia yakin golongan wanita berjaya melepasi halangan untuk mencapai taraf sama seperti lelaki.

Ketika ditanya bagaimana pertandingan ratu cantik boleh menggalakkan persamaan di antara lelaki dan wanita, Stefania berkata, ia adalah ruang pendedahan.

“Kita mempunyai pengikut agak ramai di seluruh dunia dan kita adalah model yang boleh dicontohi,” katanya.

Stefania berasal dari bandar Medida di barat Venezuela - sebuah negara yang menganggap pertandingan ratu cantik sebagai sukan kebangsaan.

- AP

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90