Waheeda - Akhil Hayy selamat diijabkabulkan

Setelah lebih dua tahun membiarkan banyak pihak membuat spekulasi dan berteka-teki tentang hubungan mereka, penyanyi serta penceramah bebas, Akhil Hayy, 40, dan penyanyi popular Waheeda, 30, akhirnya telah selamat diijabkabulkan di Masjid Ar Rahimah, Kuala Kubu Baru, hari ini.
Hanya dengan sekali lafaz, Akhil atau nama sebenarnya, Akhil Abdul Hayy sah bergelar suami kepada penyanyi yang popular dengan lagu Wassini itu pada majlis pernikahan mereka yang dihadiri oleh kira-kira 200 tetamu yang rata-ratanya terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara serta kenalan rapat kedua-dua belah pihak.
Pasangan ini dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Ustaz Zulhairi Jaid.sekitar pukul 12 tengah hari. Pada majlis itu, Waheeda menerima mas kahwin berjumlah RM 80 serta tujuh dulang hantaran berbalas 11 dulang oleh pihaknya.
Kontroversi yang melanda mereka berlarutan sejak lebih dua tahun lalu apabila mereka dikatakan telah berkahwin dan Waheeda atau nama sebenarnya Norwahidah Abdul Wahab menjadi isteri kedua Akhil. Ketika itu, masing-masing menafikan tentang perkara tersebut dan menegaskan mereka hanya berkawan baik.
Namun, kisah itu semakin panas sekitar Mei lalu apabila isteri Akhil, Maizawati Zainal mengaku tentang pergolakan rumahtangga mereka dan Waheeda turut dikaitkan sebagai punca tersebut.
Antara yang didedahkan oleh Maizawati, dia pernah menyatakan persetujuan membenarkan Akhil berkahwin lagi dan bersedia hidup bermadu setelah suaminya itu mengaku tentang hubungannya dengan Waheeda.
Namun, dia tidak tahu apa status hubungan suaminya dengan Waheeda ketika itu kerana katanya, Akhil sendiri sudah tiga bulan tidak pulang ke rumah dan hanya mengikuti perkembangan kisah suaminya itu menerusi media.
Maizawati kemudiannya mengambil keputusan bercerai untuk membina kehidupan baru. Dia dan Akhil akhirnya sah bercerai dengan talak satu pada 15 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh.
- MSTAR

salam..
akhirnya:)
xmengaku gosip pastu nikah..peliknye
hm apekah??
bdywy smoga bahgiala hndaknye
Bestnyer dapat merasa barang baru.
even prnikahan itu sah...tp diorngnye style menyebabkan bnyk fitnah .. tetap xleh terime.. wateva..happy ever after..
hahaha.
waheeda lawa ohh.
:)
pulak dah.. aritu tepis gosip,xde pape..ampes tol.. tuptap kawen pulak..
antum buat ana tidak respek sama antum..
smga bahagia la hendaknye..
gedix r
dah name pun artis
ikutilah teladan budi baik ustaz Asri, pendakwah yang benar benar berdakwah melalui lagu dan ceramah. Baik budi, tak bersumpah palsu, berhemah tinggi. Malaysia telah kehilangan seorang insan yang amat berjasa. Al Fatehah kepada Ustaz Asri
http://anakbukitgantang.blogspot.com/2009/08/tanda-orang-munafik-bila-berjanji-tidak.html
mangada btol..
nmpak sgt mmg ada skandal..
tu xnak mengaku,,membohong jew..
pelik tapi benar..
ustak cakap BELAWAK
memang sedap barang baru-nazrol pjl
yang betul ustaz nya ialah GEMULAH USTAZ ASRI ustaz yang ni ustaz JADIAN
hanya Allah yang tahu...
kita sbg hamba nie jaga diri kita sendiri... jngn pulak ktk ke kancah sedemikian..
lawati laman sesawang saya. http://syahameer.blogspot.com
At least diorg butikan yg diorg lum kawen sblm nih..
Berkwn mungkin utk mengenali hati budi..
Isteri Ustaz tuh yg tergopoh gapah..
doakan jer kebahagian mereka..
Allah lg suka..
tak de pape la konon ... kahwen jugak
macam tu wahedda buat kat isteri aikhil mcm tu lah juga bakal isteri aikhil yg ketiga buat kat dia. tak percaya tengok lah nanti.
bahgia di atas penderitaan org lain. Ari tu tak mengaku. Cakap hampeh.Sori la, I kalau dengar suara you kat tv atau radio, terus I tukar channel lain.Hipokrit
mane ade manusia x bt silap..n aku rase d0wg x bt slh p0n..kite p0n x tau pe mslh sbnar d0wg..yg tau nak kutuk2 ni, sedar la kal0 awk ade kat tmpt d0wg,ape yg k0wg akn bt...ckp snang la..jgn ckp lebey2..bl0m tau alam kawen k0wg t mcmne...
dh jodoh..
jodoh?ni bkn jodoh sbb dua2 org ni yg cari.si akhil ni bila jadi ust?dia belaja celup ugama kat mana?aku dari awal xsuka dia.xkisahlah dia nk kawen 3-4 dia punya psl.tapi aku xsuka dia sbbnya..sblm dia glamor dia selalu mengutuk ckp kerajaan buat xbetul.bini pemimpin xpakai tudung etc.guna pentas pas.then bila dh glamor.dh dpt pentas astro kenapa xtegur dh?adakah dulu yg dia tegur tu dh jd xsalah?tapi tuhan tu maha kaya.dai selalu nafikan hubungan dgn wahida.skang tuhan dh tunjuk how hipokrit he is.dan satu lagi dia bukan ust.setakat belajar pondok 1-2 thn xyah nk belagak alim.org mcm ni bahaya sbb kalau org awam tanya hukum hakam,dia kasi jwpn salah,kita ikut berdosa.
ana tak suke ente berdua.
hipokrit.
kesian bini ente ustaz, tak abes edah lg.
huahuahua
tak tau la komen pe, tp setuju la at least diorg buktikan diorg mmg tak penah kawen seblum ni kan.
lbih baik bsangka baik, mane tau akhil khay ni kawen ngn wahida sbb nk jaga maruah waheeda...wahuallam.
slh media gak mbesarkn kisah diorg bdua ni, tgk rupenye diorg taknah pun kwen b4 this.
actually sblum ni ak mmg marah ngn diaorg ni, terikut perasaan ckit.
tahniah kerana telah berjaya mencemarkan nama baik golongan pendakwah dengan tipu muslihat anta berdua..kalau itu hak anta,ini hak ana untuk katakan semua ni...ana tau siapa anta berdua...-2kupang5duit
aku nk report kat jakim suruh check latar belakang ustaz palsu ni.dia mana mendapat pendidikan formal ugama.setakat duduk pondok 1-2 thn xyah la nk ngaku ustaz.org2 mcm ni bahaya cemarkan nama pendakwah2 yg benar2 ikhlas.
memalukan agama.. mcm neh ke nae nye ustaz...
huh....
wat saket hati gua ja..