13,496 nyanyi lagu patriotik serentak


Seramai 13,496 orang menempa nama dalam Malaysia Book Of Records apabila menyanyikan lagu patriotik berjudul This Is My Country secara serentak di tujuh negeri yang ditujukan khas sebagai penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Lagu sepanjang lima minit ciptaan Joys Tan iaitu Setiausaha Agung Andarte, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) itu dipersembahkan pada satu acara yang diadakan di Kolej Universiti Hospitality Berjaya, sempena pelancaran projek patriotik, 'Go For 9' oleh isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

Turut hadir, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusof.

Tan berkata, ramai yang berkata, penganjuran program itu 'tidak masuk akal' kerana kesukaran untuk mengumpulkan jumlah penyertaan yang ramai, pihaknya menganggap ia sebagai satu cabaran dan kini apabila ternyata ia bukanlah suatu mustahil untuk dilaksanakan.

"Saya percaya setiap idea yang lahir adalah bermula dari tidak percaya dan hari ini kami mampu melakukannya berbekalkan semangat 1Malaysia. Hari ini kita berjaya mengumpulkan mereka dari pelbagai sektor secara serentak di tujuh negeri iaitu Kelantan, Kuala Lumpur, Selangor, Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor.

"Apa yang kami lakukan ini adalah semata-mata untuk menggalak dan mendorong anak muda ini mencintai negara sendiri. Ini adalah negara kita, jadi kita perlu mengambil berat mengenainya," katanya pada sidang media di sini, semalam.

- BERITA HARIAN
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url