CIMB miliki menara sendiri


CIMB Group Holdings Bhd. (CIMB) mengorak langkah baru dengan perasmian Menara Bumiputra-Commerce yang merupakan ibu pejabat perbankan komersial, francais Kumpulan CIMB, CIMB Bank dan CIMB Islamic semalam.

Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak berkata, menara yang terletak di tengah-tengah pusat bandar itu menawarkan perkhidmatan dan produk perbankan konvensional dan Islam di bawah satu bumbung yang menyediakan ruang pertemuan dan bilik perbincangan lebih peribadi.

"Antara sebab tanah seluas satu hektar ini dipilih adalah untuk mengekalkan hubungan sejarah bank ini dengan kawasan setempatnya," katanya semasa berucap pada majlis perasmian Menara Bumiputra-Commerce yang telah disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini.

- KOSMO!
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url