PAS tidak akan bersama Umno pertahankan perkauman
Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, Umno kini terlalu tertekan dengan isu perkauman ini dan sangat memerlukan PAS untuk mengesahkan tindakan mereka.
Jika PAS tidak menyokong tindakan Umno maka masyarakat akan menganggap tindakan Umno sebagai berdasarkan perkauman dan bukannya berasaskan Islam.
Salahudin mengulas ucapan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak di Manek Urai semalam.
Dalam ucapan itu sekali lagi pemimpin Umno mempelawa PAS berunding dengan mereka demi kepentingan ummah dan Islam tetapi menegaskan "tidak rela Umno dihina".
Ini adalah huluran tangan yang kesekian kalinya oleh pemimpin Umno agar PAS bersama-sama dengan mereka sejak pilihan raya umum 2008 lalu.
Bagi Salahudin, Umno hanya akan menghulurkan tangan ketika mereka tersepit tetapi selepas selesai masalah mereka, PAS akan ditendang sebagaimana yang dialami oleh PAS sebelum ini.
"Ketika negara hadapi isu perkauman 1969, PAS diajak bersatu demi Melayu dan Islam. Tetapi apa berlaku selepas Umno kuat kembali?" soal Salahudin.
Bagi beliau, Umno tersepit sekali lagi kini. Selepas kalah teruk dalam pilihan raya 2008, Umno menjadikan isu perkauman sebagai pendekatan untuk mengikat sokongan orang Melayu kepada mereka. Kononnya bangsa Melayu tertekan kini.
"Yang tertekan bukan bangsa Melayu tetapi Umno," kata beliau.
Apabila aktivis-aktivis Umno di Seksyen 23, Shah Alam memainkan isu perkauman dan agama sempit sehingga sanggup membawa kepala lembu yang masih berdarah ke Pejabat SUK Selangor, Umno sekali lagi tersepit.
"Mereka ingat PAS akan menyokong mereka atas dasar mereka memperjuangkan Islam dan Melayu dan melawan agama Hindu.
"PAS berpendirian tidak menyokong mereka kerana Islam tidak mengajar begitu. Hampir kesemua pemimpin PAS mengambil pendekatan yang diajar Al Quran iaitu jangan kamu menghina tuhan-tuhan mereka kerana dibimbangi mereka juga akan menghina Allah," kata Salahudin.
Kini, katanya Umno tersepit dan mengharapkan PAS bersama-sama mereka.
"Umno kini telah menjadikan perkauman sebagai makanan ruji mereka. Kita tidak akan bersama dengan mereka," kata Salahudin.
- HARAKAH
Yg buat protes tu orang Islam sek 23. Orang kat situ bukannya UMNO aje. Ada PAS dan PKR. YG demo pun ada orang dari ketiga-tiga parti jugak. Ketua penduduk sek 23 ialah ahli PKR, kenapa UMNO yg disalahkan.
Salahudin Ayub ni pun memang kepala angin macam Anwar jugak. Tak boleh melihat sesuatu isu tu dari persepktif lain. Semua nak dipolitikkan. Orang bebal memang macam tu. Bila penduduk memprotes MB dan MP selangor, adalah diatas kapasiti mereka sebagai ketua kerajaan negeri dan MP yg mewakili Shah Alam. Itu sahaja. Mereka protes, kenapa tak diajak berbincang sebelum apa-apa keputusan dibuat. Penduduk ialah orang Islam disitu yg terdiri drp orang biasa, ahli UMNO, PAS dan PKR.
Nampak sangat Salahudin Ayub ni, kurang bijak dan memang tak boleh dilantik sebagai pemimpin. kalau sekadar sebagai balaci kpd DAP dan PKR, mungkin boleh...
Bintara Muda
Aku sokong 100000% memang Salahuddin Ayub ini jenis kuarang asam dan bodoh nak mampus macam lembu. Semua nak dipolitik. Ingat Umno tuu teringin sangat kat Pas. Selama ini pun tak ada Pas disisi pun Umno Memerintah juga. Boleh belahlah Salahudin.porahhhh
Assalam wbt.
PAS sudah terikat dengan sumpah taat setia dan akur janji bersama parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat. Sumpah dan janji yang sukar ditarik balik melainkan adanya fatwa daripada persatuan Ulama PAS atau Mursyidi Amnya yang mengatakan bahawa PAS tidak perlu lagi berpegang dgn sumpah dan janji itu. Biar apapun terjadi, PAS tetap setia dgn janjinya itu.....samada PAS berjaya bersamanya atau gugur bersamanya.....Jgnlah lagi UMNO mengharap dan menagih simpati atau bantuan PAS, PAS sudah selesa dan gah bersama rakan-rakan barunya ini......Begitulah senario politik negara kita yang langsung tidak profesional dan ikhlas.......segala-galanya yg berlaku akan dikaitkan dgn politik....nampaknya rakyat Malaysia tak kiralah fahaman politik apa masih mengagung-agungkan politik melebihi lain-lain hal termasuklah soal-soal keagamaan dan bangsa.
Wallahu'alam.