Top Ad 728x90

Pemandu Malaysia tidak malu - Dr. M

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sedih melihat sikap pengguna jalan raya di negara ini yang berbeza dengan pemandu di negara lain.

Ketika diminta mengulas mengenai Ops Sikap ke-20 yang mencatatkan angka kematian yang tinggi, beliau berkata: "Saya sudah berjalan di merata dunia tetapi tidak pernah tengok orang bawa kereta laju seperti di Malaysia dan mereka pun bukan cekap sangat tapi seolah-olah tak boleh tunggu, semuanya nak cepat hingga berlaku kemalangan."

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya pihak-pihak yang melanggar undang-undang lalu lintas digantung lesen memandu selama dua atau tiga tahun bagi menyedarkan mereka.

"Saya pergi ke tempat lebih banyak kereta macam Jepun, tetapi mereka pandu perlahan sahaja.

"Saya fikir kita kena tarik balik lesen dua atau tiga tahun," katanya pada majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediamannya di sini semalam.

Majlis itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri.

Beliau turut bersetuju dengan pandangan supaya pesalah jalan raya dikenakan hukuman khidmat masyarakat seperti menyapu sampah dan menjalani kursus pemanduan berhemah supaya mereka malu dan insaf dengan kecuaian di jalan raya.

"Mungkin kerajaan boleh pertimbangkan, cuba setahun tetapi kalau hendak bagi malu, conteng muka dia dan suruh berdiri tengah jalan tetapi mereka ini di Malaysia tidak malu, mana mereka malu," ujar beliau.

- KOSMO!

2 Comment:

  1. Saya sedih melihat jalan raya di negara ini yang berbeza dengan jalan raya di negara lain.( kereta banyak jalan sempit)

    "Saya sudah berjalan di merata dunia tetapi tidak pernah tengok orang bawa kereta laju seperti di Malaysia dan mereka pun bukan cekap sangat tapi seolah-olah tak boleh tunggu, semuanya nak cepat hingga berlaku kemalangan."

    (benar Tun, tapi tahukah Tun bahawa hamba rakyat berkerja dari rumah ke tempat kerja sejauh 55km sedangkan masuk kerja jam 8.00pg.jam berapa harus turun rumah dan hantar anak sekolah?

    Sehubungan itu, rakyat mencadangkan supaya jalan yg menghubung dari satu jajahan ke jajahan yg lain sekurang2nya 4 sehala.

    "Saya pergi ke tempat lebih banyak kereta macam Jepun, tetapi mereka pandu perlahan sahaja.

    (samakah jalan disana dengan negara ini?, dulu masa tun nak naikkan gaji kakitangan awan tun suruh rakyat lihat negara thai, tp bila nak naikkan elaun pemimpin tu bandingkan dengan singapura. saya tak faham tun pakai sifir mana?.

    boleh belah....

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90