Rakyat Malaysia di Jakarta diancam buluh runcing
Jabatan itu telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menasihati semua pelajar Malaysia di sini khasnya agar jangan sekali-kali melalui Jalan Diponegoro bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.
Kebencian mereka itu memuncak kepada tahap yang serius dan menakutkan berikutan media tempatan baru-baru ini menyiarkan berita dan visual lebih 360 sukarelawan ilmu kebal yang dilaporkan sudah mendaftar dan bersedia untuk mengganyang Malaysia.
Kebencian mereka itu memuncak lagi apabila hari ini terdapat sekumpulan orang yang menggelar diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) mula bertindak liar dengan mengugut rakyat Malaysia dengan buluh runcing di Jalan Diponegoro.
Dilaporkan bahawa 50 anggota BENDERA yang bersenjatakan buluh runcing (buluh yang ditajamkan hujungnya) memaksa orang ramai yang melalui jalan itu menunjukkan tanda pengenalan mereka dan jika kebetulannya orang berkenaan seorang rakyat Malaysia maka orang itu akan terus ditahan.
Tindakan mereka mengambil undang-undang di tangan sendiri dilaporkan media massa online tempatan termasuk detikcom.
Sebelum ini, pernah rumah kediaman yang disewa pelajar Malaysia di Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta dibaling telur busuk oleh kumpulan yang berdemonstrasi terdiri daripada sekumpulan mahasiswa tempatan kerana marahkan Malaysia yang difitnah sebagai mencuri tarian Pendet yang berasal dari Bali.
Berikutan isu itu yang terus diapi-apikan media massa tempatan dan dikaitkan pula dengan isu-isu lampau yang diungkit semula, beberapa kumpulan rakyat Indonesia juga berdemonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di sini.
Walaupun penafian telah dibuat bahawa Malaysia tidak pernah "mencuri" tarian itu untuk iklan video klip promosi pelancongan negara yang sebenarnya dibuat sebuah syarikat swasta yang berpejabat di Singapura, namun hakikat itu "jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta".
Anehnya, sebuah stesen TV yang baru saja menyiarkan program dialog di mana seorang pegawai tinggi Kementerian Luar Indonesia memberikan penjelasan bahawa Malaysia tidak pernah mengakui Pendet sebagai tarian berasal dari Malaysia, namun stesen TV yang sama juga kemudian mengulangi lagi tuduhan yang serupa.
Laman web okezone pula melaporkan bahawa anggota BENDERA ada memeriksa lebih daripada 100 orang.
Bagaimanapun, detikcom melaporkan bahawa tiada seorang pun rakyat Malaysia yang kebetulan melalui jalan itu dan tindakan yang dikatakan akan dilakukan selama sejam, berakhir hanya selepas setengah jam.
- BERNAMA
tarian punya pasal pun nak bunuh orang ?????
yg sebenornya mat2 indon ni marah sebab kengkawan diorang yang bekerja sebagai perompak @ penyamun @ pembunuh.... ramai yang mati kena tembak polis.
cuba la tikam sorang jer rakyat malaysia kat indon tu.... kita tengok berapa ramai pulak rakyat ko kena tikam kat sini !!
lets stop make arguments..
sampai bila?
kita nak cakap pon,dorg xpaham bahasa kita..
katanya bahasa alien..
susahnye nk berbincang ngan mereka2 ini..
kenapa peranagi masih lagi seperti manusia2 tidak bertamadun.Walaupun bukan semua,tetapi media mereka yang terus menghasut tanpa kawalan dan dipandang sebelah mata oleh pemerintah mereka.Ini baru isu tarian belum lain2 lagi.
2 tahun dahulu ada suri rumah yang dibunuh ketika sahur bersama keluarganya tetapi warga Indonesia disini tidaklah diancam malah masih bebas ke sana sini.Apa ada udang disebalik batu..?
Api kecil kalau tak disiram lama2 akan jadi besar.
dah tinggal sini (jakarta) hmpr 3 thn...
ada jer yang tak kena di mata mereka...
Setakat ini ok lah kot...
cuma kawan pernah ternampak dinding.. conteng gambar elemen membenci negara kita...
Hu~ kadang2 memang ada masalah yang ditimbulkan oleh rakyat kita di Malaysia...
Yang kena tempiasnya.. siapa? kalau bukan kami pelajar Malaysia
Apa pun... doakan keselamatan kami di sini ^^v