Walaupun dituduh macam-macam, Malaysia tetap membantu Indonesia
Setakat ini juga lebih 70 nyawa terkorban, manakala lebih 20 orang lagi masih tertimbus akibat tanah runtuh berikutan kejadian gempa tersebut.
Selepas kejadian gempa itu penulis diberitahu oleh Penasihat Pendidikan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Dr. Junaidi Abu Bakar terdapat sekumpulan pelajar perubatan Malaysia di Jakarta dan Bandung dengan kerjasama Kelab UMNO Luar Negara mahu menyampaikan bantuan kepada mangsa bencana tersebut.
Bagi melihat sendiri persiapan yang dibuat oleh kumpulan pelajar berkenaan penulis turut mengikut mereka membeli barang-barang yang mahu disumbangkan iaitu selimut dan makanan.
Seawal pukul 9 pagi kumpulan berkenaan telah ke Pasar Tanah Abang di Jakarta bagi membeli selimut untuk diberikan kepada mangsa gempa yang kini tinggal sementara di khemah-khemah.
Menyindir
Ketika kumpulan pelajar Malaysia itu memilih selimut yang sesuai, penulis terdengar seorang pekerja di pasar berkenaan menyindir pelajar berkenaan dengan berkata, ‘‘Manohara membeli- belah,” kata seorang lelaki sambil menghirup kopi yang baru dibelinya tanpa rasa segan silu atau menghormati umat Islam lain yang berpuasa di bulan Ramadan.
Kata sindiran itu merujuk kepada kes rakyat Indonesia, Manohara yang dikatakan didera oleh suaminya yang merupakan putera sultan di Malaysia. Berikutan kes itu Manohara kini menjadi pelakon utama drama bersiri yang berjudul ‘Manohara’.
Selepas itu lelaki yang sama mengunggap kata-kata sindiran lagi, ‘‘Malaysia yang curi tarian Pendet.” Sebagai merujuk tuduhan kerajaan Indonesia terhadap Malaysia menggunakan tarian berasal dari Bali untuk promosi pelancongan.
Walaupun kesilapan itu dilakukan oleh syarikat swasta yang tidak mempunyai kaitan dengan Malaysia, tetapi mereka lebih memilih untuk berdusta dan mendengar kata-kata pendusta.
Tunjuk perasaan
Oleh kerana kata pendusta rakyat Indonesia mulai beremosi mengadakan tunjuk perasaan dan membakar bendera Malaysia.
Bagaimanapun kata sindiran itu tidak diperdulikan oleh kumpulan pelajar Malaysia yang sudah cukup masak dengan ‘tabiat’ rakyat Indonesia.
Lelaki berkenaan bagaimanapun tidak berpuas hati setelah kata-kata sindirannya tidak dipedulikan dan dia mencuit bahu penulis, tetapi penulis juga tidak melayannya.
Akhirnya demi meluahkan rasa tidak puas hatinya lelaki itu bertanyakan penulis, ‘‘Bapak, selimut ini mahu dijual semula di Malaysia ya pak?” soalnya.
Namun alangkah terkejut dan malu lelaki berkenaan apabila penulis memberitahu selimut itu akan diberi kepada mangsa gempa di Bandung Selatan dan dia terus terdiam.
Mungkin dia tidak menyangka bahawa walaupun pelbagai tuduhan dilemparkan kepada Malaysia, rakyat Malaysia tetap bersimpati dengan rakyat negara berkenaan apabila ditimpa bencana.
Terfikir juga penulis tenaga, masa serta wang yang digunakan oleh pemuda dan pemudi Indonesia untuk mengadakan demonstrasi anti Malaysia lebih baik digunakan bagi membantu rakyat sendiri yang menderita ditimpa bencana.
Selepas mengharungi perjalanan hampir lima jam akhir kumpulan 35 pelajar perubatan itu tiba di lokasi gempa iaitu Pangalengan sebuah kampung yang terletak di kawan pergunungan.
Pengalengan merupakan kawasan penanaman sayur terbesar di Bandung dan majoriti penduduknya adalah petani.
Kumpulan berkenaan tiba tepat waktu untuk berbuka puasa dan cuaca di kawasan berkenaan memang cukup sejuk. Sebagai perbandingan lebih dingin daripada Cameron Highland atau Bukit Fraser, mahupun Genting Highland.
Oleh kerana cuaca yang sudah gelap, hanya majlis berbuka puasa yang disertai 500 mangsa gempa sahaja dapat diadakan. Pada keesokan harinya barulah pakaian, selimut, minuman dan makanan untuk bantuan mangsa gempa.
Seorang pemimpin masyarakat kawasan berkenaan yang dikenali sebagai Zainal ketika ditemubual oleh penulis benar-benar terharu dengan bantuan yang diberikan dan rasa simpati yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia.
Memang tidak penulis sangka sumbangan yang tidak seberapa itu rupa-rupanya cukup berharga bagi mereka yang sedang dilanda musibah. Mata Zainal mulai merah dan air mata mengalir tanpa dapat dibendung kerana tidak dapat menahan rasa terharunya.
Mungkin pepatah Melayu, ‘Hidup ibarat putaran roda, kadangkala kita di atas, kadangkala kita di bawah, kadangkala kita memberi dan kadangkala kita meminta’ adalah gambaran yang paling tepat menceritakan pengalaman yang dilalui penulis dan kumpulan pelajar berkenaan.
- MINGGUAN MALAYSIA
saya pun dah masak dgn perangai n sikap org indonesia nih..naper sy sebut org indonesia instead of indon??sebab... kalau sebut 'org indon' mmg pantang bg dorg..xpasal2 timbul plak isu lain..pastu mula laa nk demo sana-sini.saya bekas pelajar kat universitas sumatera utara..and selama sy kat sana, dah mcm2 isu timbul..masa kes tsunami dulu pun, byk rakyat malaysia yg 'turun padang' utk hulurkan bantuan..tim2 medis pun tiap2 bulan ke sana utk bantu aper yg patut.ader dorg kenang? yg dorg dok paparkan kat media, semuanya psl geng2 kulit putih yg dtg hulur bantuan' ..and paling sering keluar kat media is demo2 masyarakat dorg dok bakar n musnahkan bendera malaysia..aper yg dorg dapat bila buat tu semua?? rugi masa..rugi tenaga..rugi duit utk bli kain+cat+alatan utk demo..dh penat buat trus bakar..hahaha..!! bodoh!
kalau keluar ke mana2..kitorg akn dgr mcm2 kata2 kesat dari dorg..n soklan favourite dorg is..'kenapa org malaysia ni jahat2 yaa..? ' kitorg senyum j…