India rekod cap jari 1.16 bilion rakyat

Penduduk India seramai 1.16 bilion bakal menerima nombor identiti masing-masing di bawah rancangan yang diwujudkan bagi mengurangkan masalah rasuah selain meningkatkan lebih ramai menerima faedah program kerajaan.

Projek berkenaan yang berasaskan nombor keselamatan sosial di Amerika Syarikat akan mengumpulkan pangkalan data internet maklumat peribadi, cap jari dan gambar setiap penduduk di seluruh negara itu.

Ia dipertanggungjawabkan kepada Nandan Nilekani, pengasas firma gergasi perisian India, Infosys, yang dipilih oleh Perdana Menteri, Manmohan Singh.

"Kami menyasarkan semua penduduk India boleh dikenal pasti identiti mereka secara online," kata Nilekani, 54.

"Kami berharap memberi 600 juta penduduk dengan nombor itu menjelang 2014," katanya.

Nilekani mengetuai Pihak Berkuasa Identiti Unik India yang baru dibentuk menyifatkan program pengumpulan data itu seperti satu

projek sebesar membentuk enjin carian Google.

Nombor sebanyak 16 digit akan menjadi bukti bagi semua penduduk India bagi mewujudkan identiti pada satu tempat yang akan menghapuskan penggunaan pelbagai dokumen peribadi.

Manakala, bayi yang baru lahir akan diberikan nombor pengenalan diri dan teknologi imbasan mata yang akan diperkenalkan bagi tempoh yang panjang.

"Kita perlukan satu cara pengenalan diri seseorang yang tidak dapat ditiru dan kita perlukan mekanisme yang boleh disahkan di mana-mana baru seseorang itu adalah seperti yang mereka nyatakan," kata Nilekani.

"Nombor itu akan digunakan dalam pelbagai urusan termasuk di agensi kerajaan yang berbeza dalam pelbagai cara," katanya.

- AFP
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url