JAWATAN KOSONG DI MAJLIS DAERAH MERSING (MD MERSING) JOHOR

Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Majlis Daerah Mersing:

1. Pembantu Undang-Undang (Fajar Able Parking Johor) L29
2. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
3. Juruteknik J17
4. Juruteknik Landskap J17
5. Pembantu Penguatkuasa N17
6. Pegawai Khidmat Pelanggan N17

DOWNLOAD IKLAN:
http://www.johordt.gov.my/doc/iklan_mdmersing.pdf

BORANG PERMOHONAN:
Semua permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh didapati di Pejabat Majlis Daerah Mersing pada waktu pejabat dengan dikenakan bayaran RM1.00 sekeping atau mengemukakan sampul surat berukuran 10cmx23cm beralamat sendiri bersetem RM0.50 dan bayaran borang permohonan hendaklah dibuat menggunakan kiriman wang/wang pos.

Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil-sijil persekolahan, sijil berhenti sekolah, dokumen-dokumen sokongan serta diakui sah dan sekeping gambar warna berukuran pasport (tidak dikembalikan) dan hendaklah dihantar kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH MERSING
NO.243, JALAN IBRAHIM
86800 MERSING, JOHOR

TARIKH TUTUP : 7 DISEMBER 2009
Next Post Previous Post
1 Comments
  • nash
    nash Selasa, 24 November 2009 pada 12:30:00 PG SGT

    Blh scan brg x??????? kalau nak mintak brg guna pos mcm mner ar????

Add Comment
comment url