Top Ad 728x90

Banyak mayat tak dituntut di AS


DETROIT - Bilangan mayat yang tidak dituntut oleh keluarga mangsa untuk dikebumikan di Pejabat Pemeriksa Perubatan di Daerah Wayne, timur Detroit, Amerika Syariakt (AS) meningkat dua kali ganda kerana krisis kewangan.

Menurut ketua pemeriksa perubatan di pejabat itu, Albert Samuels, kini terdapat 50 hingga 60 mayat yang disimpan dalam bilik sejuk iaitu peningkatan dua kali ganda berbanding tahun lalu.

"Kebanyakan orang kehilangan rumah mereka. Mereka tidak dapat menyara kehidupan.

"Pihak kami tidak boleh memaksa seseorang untuk datang dan mengebumikan mayat," katanya.

Mayat-mayat itu tidak dituntut oleh waris yang dipercayai mempunyai masalah kewangan kerana kadar pengangguran di Detroit mencecah sehingga 33.8 peratus.

Pihak pengurusan rumah mayat itu telah mengebumikan 27 mayat yang tidak dituntut sejak 1 Oktober lalu dengan menggunakan wang pembayar cukai.

Kos bagi mengebumikan mayat yang tidak dituntut itu ialah AS$750 (RM2,572) untuk satu mayat.

- AP

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90