Top Ad 728x90

Cabutan SSP tawarkan BMW 120i Convertible


Bank Simpanan Nasional (BSN) menawarkan hadiah khas baru, iaitu sebuah kereta BMW 120i Convertible bernilai kira-kira RM320,000 bagi cabutan Sijil Simpanan Premium (SSP) untuk 2010.

Kereta sport itu adalah tambahan kepada kereta mewah Mercedes Benz E200K, Mercedes Benz C200K, BMW 320i dan BMW 520i dan Toyota Camry yang ditawarkan ketika ini.

Timbalan Ketua Eksekutif Perbankan Konsumer dan Pembangunan Perniagaan BSN, Norazian Ahmad Tajuddin berkata, sepanjang tahun depan juga, bank itu telah menambah hadiah yang ditawarkan bagi cabutan bulanan kepada 1,795 berbanding 1,717 hadiah yang ditawarkan sepanjang tahun ini.

Beliau berkata, selain kereta mewah berkenaan, hadiah lain yang ditawarkan sepanjang tahun depan termasuk barangan kemas, pakej umrah/pelancongan dan barangan menarik lain.

"Semua hadiah eksklusif dan menarik yang ditawarkan sepanjang 2010 itu layak dimenangi dengan simpanan minimum RM10," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena majlis cabutan SSP bagi Disember 2009, di Batu Pahat, Johor Sabtu lalu.

Pada majlis itu, Norazian turut mengumumkan dua cabutan khas iaitu Cabutan Penghargaan dan Cabutan SSP 'High Savers' yang julung kali diadakan untuk menghargai pelanggan setia BSN.

Hadiah lumayan dan eksklusif seperti kereta mewah, baucar barangan kemas dan SSP bernilai antara RM200 � RM25,000 bakal dimenangi penyimpan yang memenuhi kriteria di bawah cabutan khas itu, katanya.

Sementara itu, beliau berkata, pembelian SSP kini bukan saja boleh dilakukan di cawangan, mesin ATM, mesin deposit tunai dan Unit Bank Bergerak BSN di lokasi terpilih, malah melalui perkhidmatan perbankan pesanan ringkas (BSN:SMS).

Orang ramai juga, katanya kini boleh menyemak keputusan cabutan SSP di laman web BSN di alamat www.bsn.com.my dan menerusi SMS selain di akhbar harian utama.

- BERITA HARIAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90