Dalam Bercinta Jangan Sampai Bergadai Golok

Lin percaya ramai daripada anda sedang tersenyum kerana sedang berbahagia di taman cinta. Tiada apa yang lebih membahagiakan selain rasa disayangi dan dicintai sekaligus membuatkan kita rasa dihargai dan ada tempat untuk kita berpayung...dari segi berkongsi luahan rasa dan cerita suka juga duka.

Dan selalunya, apabila dalam situasi sebegitu, kita tak pernah timbulkan persoalan tentang banyak atau sikitnya duit yang dibelanjakan untuk sidia...sama ada belanja makan, belikan barangan yang dia suka, hadiah sempena harijadinya, gimik kejutan seperti kiriman sejambak bunga/ coklat dan sebagainya juga bil telefon yang diperuntukkan setiap bulan.

Berdasarkan pengalaman pendengar Suria Cinta apabila ditanya tentang jumlah bil tertinggi yang pernah dicatatkan, ada yang sanggup menyediakan peruntukkan sehingga RM1,000 sebulan!...wah!..satu nilai yang tinggi sebenarnya.

Bagi yang sedang dilamun cinta mungkin itu semua tak pernah menjadi beban malahan ia menjadi bukti tanda cinta terhadap buah hati tersayang.

Namun Lin ingin mengajak anda berfikir seketika alangkah baiknya jika wang yang dibelanjakan setiap bulan demi menjaga perhubungan cinta itu disimpan sebagai persediaan ke gerbang perkahwinan kita.

Cuba ubah corak perbelanjaan kita yang mana kita kurangkan sedikit kos yang diperuntukkan seharian demi menjaga perhubungan itu sebaliknya lebihkan untuk menyimpan sejumlah besar dari wang tersebut untuk kegunaan di masa hadapan.

Untuk sesi merisik, bertunang dan juga berkahwin nanti..kan lebih afdal!...betul tak?..sebab kadangkala dalam keasyikkan dilamun keindahan bercinta, kita terlupa untuk mempertimbangkan kewajaran dalam bentuk tindakan dan pemikiran dan selalunya itu yang membuatkan kita seakan terlena dan tak peduli dengan permasalahan yang timbul seperti menjejaskan urusan perbelanjaan bulanan secara umum.

Malah mungkin ada yang terpaksa meminjam wang hanya semata mata untuk menampung kos yang keterlaluan walhal ianya boleh diatasi jika kita bijak membuat perancangan peruntukan perbelanjaan bulanan secara realistik dan mengutamakan disiplin diri ketika mengeluarkan perbelanjaan.

Jangan sampai demi kerana hendak membuktikan kesungguhan cinta kepada pasangan, wujud pula tekanan dalaman dari aspek masalah kewangan.

Yang penting jadi diri kita seadanya dan berbelanja juga mengikut kemampuan yang ada. Ok, jangan lupa bersama Lin untuk kita bersama mendekati dunia cinta. Jumpa lagi…

Teruslah menjadi pasangan terbaik di kalangan yang baik dan jangan sekali-kali kita lupa dari mana asal usul kita.

Dengarkan Rancangan SURIA CINTA, yang ke udara di Suria Fm (105.3 di Lembah Kelang), (105.9 di Sabah) (96.0 di Ipoh) dan (96.1 di Kuantan), (88.5 di Melaka dan Utara Johor), (101.4 di Johor Bahru), (91.7 di Taiping), (106.9 di Perlis, Kedah & Penang) (107.0 di Seremban), (106.1 di Kota Bharu) dan (102.4 di Kuala Terengganu) - ke udara setiap Ahad mulai jam 8.00 malam hingga 12.00 malam.

Kirimkan penyertaan seperti puisi, warkah, madah cinta anda kepada Lin ke alamat; Penerbit Suria Cinta, SuriaFM, Tingkat 15, Bangunan Am Assurance, No. 1 Jalan Lumut, 50400 Kuala Lumpur.

Anda juga boleh fakskan ke 03-40439125. Sebarang penyertaan dan komen, emailkan ke lin@suriafm.com.my atau klik Facebook “Lin Suria Cinta” di www.suriafm.com.my

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url