Top Ad 728x90

,

Kematian di jalan raya KL meningkat 38%

Angka kematian pemandu dan penumpang kereta dalam kemalangan jalan raya di ibu kota meningkat 38 peratus dalam tempoh antara Januari dan November tahun ini berbading tempoh yang sama tahun lepas.

Menurut statistik yang dikeluarkan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Kuala Lumpur sempena kempen Program Advokasi Keselamatan Jalanraya di Jalan Tuanku Abdul Rahman hari ini, 47 pemandu dan penumpang maut dalam tempoh tersebut berbanding 34 dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Menurut statistik itu, sepanjang tahun lepas, 42 pemandu dan penumpang kereta maut dalam kemalangan di ibu kota.

Bagaimanapun kadar kemalangan jalan raya dalam tempoh antara Januari dan November tahun ini pula turun 4.6 peratus, dengan jumlah kemalangan maut turun 4.2 peratus, manakala kadar kematian penunggang dan pembonceng motosikal 5.8 peratus.

Pengarah JKJR Kuala Lumpur, Muhammad Heeza Hassan, ketika ditemui sekitar kawasan kempen itu, berkata walaupun perangkaan kemalangan dan kematian keseluruhan menunjukkan penurunan, pihaknya tetap meneruskan kempen dalam usaha meningkatkan lagi kesedaran orang ramai mengenai tahap keselamatan jalan raya yang perlu diberi perhatian.

Kempen yang berlangsung selama dua jam di Jalan Tuanku Abdul Rahman turut mendapat kerjasama dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan cawangan trafik polis.

Pihak berkuasa turut mengeluarkan 29 saman pelbagai kesalahan trafik seperti cukai jalan tamat tempoh dan gagal mempamerkan lesen memandu dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya semasa kempen berlangsung.

- BERNAMA

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90