Top Ad 728x90

50 Pejalan Kaki Tidak Guna Jejantas Disaman

KUALA LUMPUR: Polis Trafik Kuala Lumpur mengeluarkan 50 saman kepada pejalan kaki yang tidak menggunakan jejantas ketika melintas di Jalan Tun Tan Cheng Lock dan Jalan Bukit Bintang/Jalan Sultan Ismail dalam operasi advokasi selama dua hari bermula semalam.

Ketua Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, 18 saman dikeluarkan terhadap pejalan kaki di sekitar Jalan Tun Tan Cheng Lock semalam manakala 32 saman di Jalan Bukit Bintang/Jalan Sultan Ismail hari ini.

"Semua saman yang dikeluarkan itu adalah mengikut Peraturan-peraturan Trafik 1959 Kaedah 45 LN166/59 iaitu peraturan untuk pejalan kaki yang tidak menggunakan jejantas," katanya dalam kenyataan hari ini.

Rusli berkata, polis Trafik KL turut mengedarkan risalah keselamatan jalan raya dan risalah pencegahan jenayah kepada orang awam agar tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Bermula minggu lepas, pejalan kaki yang enggan menggunakan jejantas dan lintasan pejalan kaki di 10 jalan sekitar Bukit Bintang di sini akan didenda RM300.

Program advokasi itu dilakukan bagi menyedarkan pejalan kaki pentingnya menggunakan jejantas atau tempat melintas bagi mengelakkan kemalangan yang membabitkan kumpulan terbabit (pejalan kaki).

- BERNAMA

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90