Bot Terbalik : Guru Dan Pelajar Lemas, Empat Masih Hilang

PULAU PINANG: Seorang guru dan seorang pelajar lemas manakala empat lagi masih hilang selepas bot perahu naga yang membawa 18 orang terbalik akibat dipukul ombak kira-kira 100 meter dari pantai Lebuh Macallum di sini hari ini, kata polis.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata kejadian berlaku pada pukul 10.20 pagi dan mayat guru berkenaan, Chin Ai Fang, berusia 20-an, ditemui pasukan mencari dan menyelamat kira-kira sepuluh minit selepas kejadian.
Jurucakap pasukan gerakan mencari dan menyelamat berkata mayat pelajar yang lemas, Jason Ch'ng, 17, ditemui di kawasan berhampiran tempat kejadian pada pukul 2.45 petang.
Mereka yang masih hilang ialah Brandon Yeoh, 17, Yong Xiang, 16, Koh Yiz Hiang, 17, dan Cheah Zi Jun, 17.
"Daripada lima yang hilang itu, hanya seorang dilapor memakai jaket keselamatan," kata Ayub kepada pemberita di sini.
Kawasan perairan itu sememangnya menjadi tempat pasukan pendayung sekolah berkenaan menjalani latihan mingguan bagi persiapan menyertai Kejohanan Perahu Naga Antarabangsa Pulau Pinang pada pertengahan tahun ini.
Ayub berkata pasukan pendayung perahu naga lelaki sekolah itu terdiri daripada 18 orang iaitu seorang guru (Chin), dua jurulatih dan 15 pelajar.
Mereka memulakan latihan pada pukul 8 pagi dan perahu naga mereka dikatakan terbalik akibat dipukul ombak pada pukul 10.20 pagi.
- BERNAMA

Takziah pada keluarga yg terlibat. Cekal kan hati menerima ujian.
Mana dia balaci2 PR yg menjadi hero semasa jambatan runtuh kat Perak 2 atau 3 bulan yg lepas? Terlolong sana sini salahkan kerajaan Perak, salahkan sekolah,salahkan JKR, salahkan menteri itu,salahkan menteri ini,salahkan jabatan sana,salahkan jabtan sini,tuding jari sana,tuding jari sini, Konon nya dia jer la yg betul. Skrg bila berlaku kat negeri PR, naper diam macam tikus? Kenape tak salahkan LGE kerana tak check perahu betul2? Kenape tak salahkan Jabatan Kaji cuaca keranu tak beritau tinggi ombak? Dan yang paling penting kenape tak tanya diri sendiri yg LANGIT TU TINGGI !!!
Astafirullahalazim..Tidak perlu salahkan sesiapa, kerana ini adalah ketentuan Allah. Walaupun ia berlaku pd bkn muslim sekalipun, ia tetap takdir yang telah ditentukan Allah. Tidak perlu menuding jari pd sesiapa. Apa yg penting, setiap kekurangan dn kelemahan yg dikesan perbaikilah supaya tdk lg berulang di ms2 akn dtg.