Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional 2010

Pelajar yang telah menduduki PMR 2009 dan ada memohon untuk memasuki Tingkatan 4 Sesi 2010 di Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Sekolah Menengah Vokasional (SMV) Kementerian Pelajaran Malaysia sudah boleh menyemak keputusan permohonan mereka secara online mulai 18 Januari 2010.

Semakan Permohonan

Rayuan

  • Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran, mereka boleh membuat rayuan.
  • Rayuan boleh dibuat terus kepada Sekolah Menengah Teknik atau Sekolah Menengah Vokasional yang berkenaan.
  • Sila rujuk Senarai Sekolah Menengah Teknik / Vokasional.
  • Tempoh membuat rayuan adalah mulai 25 Januari sehingga 31 Mac 2010.
  • Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran.

Maklumat

  • Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Sekolah Menengah Teknik / Vokasional yang berhampiran atau Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di talian 03-8884 5154 / 5067 / 5088 / 5084 / 5092.
http://www.moe.gov.my
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url