Dividen Bank Rakyat 15 peratus

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) mengumumkan dividen tunai sebanyak 15 peratus yang akan dibayar pada Isnin ini.

Berita baik kepada seramai 794,199 ahli yang terdiri daripada individu dan koperasi itu diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Sebanyak RM299 juta dividen tunai itu akan dibayar kepada semua ahli pada 22 Februari nanti,'' katanya pada sidang akhbar di sini semalam bagi mengumumkan Prestasi Kewangan Bank Rakyat dan Dividen bagi tahun berakhir 31 Disember 2009

- KOSMO!
Next Post Previous Post
1 Comments
  • Relevan
    Relevan Sabtu, 20 Februari 2010 pada 10:57:00 PG SGT

    Bank rakyat bank anda..

Add Comment
comment url