Konsert isi tabung kanser payudara PPUM

KUALA LUMPUR: Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) menganjurkan konsert amal pada 6 Mac ini di Dewan Tunku Canselor UM bagi mengumpulkan dana Tabung Kanser Payudara PPUM bagi membantu pesakit kanser mendapatkan rawatan perubatan yang lebih berkesan.

Tabung yang ditubuhkan sejak 2000 menerima banyak sumbangan pelbagai pihak seperti kerajaan, organisasi korporat dan individu.

Dana itu makin berkurangan disebabkan bilangan pesakit bertambah setiap tahun.

Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Profesor Datuk Dr Ghauth Jasmon, berkata jumlah kewangan sedia ada tidak mencukupi untuk menampung bilangan pesakit.

"Kos ubat merawat penyakit kanser payudara meningkat. Untuk tidak ketinggalan dalam bidang perubatan penyakit kanser, kita memerlukan ubat yang canggih dan moden," katanya pada sidang media di Pusat Penyelidikan Kanser Payudara, PPUM di sini semalam.

Konsert amal yang akan dihadiri Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim itu bakal menampilkan persembahan Simfoni Orkestra UM bersama Datuk Khatijah Ibrahim, Roy dan Jaclyn Victor.

Pertanyaan mengenai tiket atau maklumat lanjut boleh hubungi Mohd Norazlin Mansor dan Rohaizan Ramli talian 03-79677090/3424 atau 012-9249438.

- BERITA HARIAN
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url