60 kolej swasta dibatal pendaftaran

Sebanyak 60 kolej swasta dibatalkan pendaftaran mereka sejak tiga tahun lepas kerana gagal menyediakan tenaga pengajar serta prasarana mencukupi untuk kemudahan pembelajaran pelajar.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pihaknya tidak boleh bertolak-ansur dengan isu kekurangan tenaga pengajar dan peralatan itu kerana ia menyalahi syarat kementerian.

"Kami akan terus memantau kolej-kolej lain dan jika mereka juga ada masalah yang sama, kita akan membatalkan pendaftaran mereka,'' tegasnya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh ke-37 Peringkat Zon Timur di Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi Temerloh di Temerloh semalam.

Saifuddin berkata, pada masa ini terdapat lebih 300 kolej swasta berdaftar dan beroperasi di seluruh negara.

- KOSMO!
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url