Top Ad 728x90

Bulan Zuhal berupa Pac-Man


Pesawat jelajah angkasa 'Cassini' yang mengorbit Zuhal berjaya mengambil gambar terbaru bulan planet tersebut, Mimas, dengan pemandangan yang menarik.

Penelitian mendapati terdapat perbezaan suhu di seluruh permukaan objek angkasa itu, menghasilkan peta menyerupai ikon permainan video popular 1980-an, Pac-Man.

Saintis masih belum pasti mengapa Mimas memaparkan variasi sedemikian namun berkata, ia mungkin ada kaitan dengan perbezaan tekstur bahan permukaannya.

Menurut mereka, sesetengah tekstur mungkin mengekalkan haba lebih baik daripada yang lain.

Mimas mempunyai ukur lilit sepanjang 400 kilometer dan mempunyai kawah dinamakan Kawah Herschel yang membuatkan banyak pihak membandingkannya dengan 'Death Star' dalam filem Star Wars.

Pasukan Cassini berkata, bentuk kawah itu mungkin memainkan peranan penting dalam perubahan keadaan di permukaan.

Cassini merupakan hasil usahasama antara Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Agensi Angkasa Lepas Eropah (Esa) dan Agensi Angkasa Lepas Itali (ASI).

Misinya dilanjutkan tempohnya sehingga 2017.

- AGENSI

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90