Top Ad 728x90

Jualan kenderaan bertambah 25 peratus suku pertama 2010

Jualan kenderaan penumpang dan komersial bulan lalu meningkat 25 peratus kepada 56,139 unit berbanding 44,896 unit pada Mac tahun lalu.

Berikutan itu, jualan keseluruhan kenderaan bagi tempoh separuh pertama tahun ini ialah sebanyak 147,415 unit, meningkat 22 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Persatuan Automotif Malaysia (MAA), berkata peningkatan jualan itu sejajar peningkatan berterusan sentimen pasaran dan keyakinan pengguna. Persatuan itu berkata, jualan kenderaan penumpang bulan lalu meningkat kepada 50,533 unit daripada 40,680 unit pada Mac tahun lalu, manakala jualan kenderaan komersial meningkat kepada 5,606 unit daripada 4,216 unit.

Jualan kenderaan penumpang dalam tempoh suku pertama tahun ini meningkat kepada 133,057 unit daripada 109,301 unit dalam tempoh sama tahun lalu, manakala jualan kenderaan komersial pula meningkat kepada 14,358 unit daripada 11,088 unit, katanya.

MAA berkata, pengeluaran keseluruhan kenderaan pada Mac 2010 meningkat kepada 51,579 unit daripada 35,950 unit berbanding bulan sama tahun lalu.

Pengeluaran kenderaan penumpang pada Mac meningkat kepada 47,729 unit daripada 32,922 unit berbanding bulan sama tahun lalu manakala jualan kenderaan komersial meningkat kepada 3,850 unit daripada 3,028 unit.
Pengeluaran kenderaan penumpang bagi tempoh tiga bulan itu meningkat kepada 130,641 unit daripada 102,328 unit, manakala jualan kenderaan komersial meningkat kepada 12,506 unit daripada 11,681 unit.

Jumlah jualan bagi April 2010, katanya dijangka terus berkembang berikutan ketiadaan perkembangan negatif di dalam ekonomi dan pasaran automotif.

Persatuan itu turut menjangkakan bekalan terus meningkat bagi memenuhi tempahan tertunggak.

- BERITA HARIAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90