Pelatih PLKN Diberi Pelepasan Melanjutkan Pelajaran ke IPTA/IPTS
Ketua Pengarahnya Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata mereka mestilah mengemukakan surat tawaran daripada IPTA dan IPTS terbabit di samping salinan yuran pendaftaran kepada pusat-pusat latihan yang disertainya.
"Bagaimanapun mereka akan dipanggil semula untuk menyambung latihan di PLK Nselepas tamat pengajian," katanya kepada pemberita setelah upacara pelepasan 121 peserta yang akan mengikuti latihan di dua buah kem di Gua Musang dan Kuala Krai di sini, hari ini.
Abdul Hadi berkata bagi pelatih yang bercadang mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan (STPM), mereka tidak akan diberi pelepasan sebaliknya akan diminta menangguhkan sehingga tamat latihan.
Katanya pihaknya akan memohon kerjasama Kementerian Pelajaran bagi membenarkan pelajar terbabit menamatkan siri latihan itu.
Mengenai kemasukan pelatih PLKN ke kem latihan di seluruh negara mulai semalam, beliau berkata sehingga ini kemasukan mereka berjalan lancar mengikut jadual ditetapkan.
Katanya JLKN menyediakan 1,079 buah bas, 49 penerbangan, 13 buah feri bagi mengangkut mereka ke pusat-pusat latihan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
- BERNAMA
saya x taw samada sy silap masuk website plkn ataw tidak ..tp susah benar untuk mendapat maklumat siri ke brapa anak saya di trima panggil untuk menjalankan latihan..yg sy di pahamkan dia dlm siri ketiga..adakah semua pelajar yang melanjutkan pelajaran ke ipta/s di beri kelongaran..di mana boleh saya perolehi maklumat tersebut selain dpd sms..