Penuntut IPTA disaran jadi sukarelawan polis
Sehubungan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berharap penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang menyertai Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (Suksis) terus bergiat aktif dalam dunia kepolisan selepas menamatkan pengajian sama ada memohon sebagai anggota tetap atau menjadi Rakan Cop.
“Harapan besar saya agar Pegawai Kehormat Suksis dapat memainkan peranan menarik minat mahasiswa dan mahasiswi menyertai pasukan sukarelawan ini," katanya pada majlis penutupan Kursus Pegawai Kehormat Kor Suksis IPTA 2010 di Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, Kem Briged Utara di sini, semalam.
Teks ucapannya dibacakan Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah.
Seramai 23 pensyarah dan pegawai kanan dari 20 IPTA seluruh negara yang dilantik sebagai Pegawai Kehormat Suksis berpangkat Asisten Superintendan hingga Asisten Komisioner menyertai kursus selama enam hari bermula 9 Mei hingga semalam.
Musa berkata, Pegawai Kehormat mempunyai tanggungjawab memberi nasihat aspek latihan dan bantuan dari IPTA dalam mengendalikan latihan serta meningkatkan pencapaian akademik pelatih Suksis.
Pada masa sama, katanya, mereka juga bertanggungjawab menentukan disiplin di kalangan ahli Suksis pada tahap tinggi dan sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan IPTA kerana disiplin dan integriti adalah aspek yang saling berkaitan dan amat dititikberatkan oleh PDRM kepada setiap pegawai dan anggotanya.
Katanya, mereka yang memiliki integriti tinggi saja berupaya untuk memenuhi permintaan dan jangkaan rakyat yang semakin tinggi.
- BERITA HARIAN
blog yg byk memberikan informasi terkini