UM ke-42 terbaik Asia

Ranking institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan secara umumnya memperlihatkan peningkatan berdasarkan hasil kajian yang diumumkan QS Asian Universiti Ranking (AUR) tahun 2010.

Walaupun Universiti Malaya (UM) merosot kedudukan ke tempat ke-42 daripada tempat ke-39 tahun lalui, kedudukan lima IPTA tempatan lain masih bertahan atau bertambah baik.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berada di tangga ke-58, berbanding 65 pada tahun lepas dan Universiti Sains Malaysia (USM) yang memegang taraf universiti Apex mengekalkan kedudukannya pada tangga ke-69, sama seperti tahun lalu.

- KOSMO!
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url