Syarat cuti tanpa rekod penderma organ
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam berkata, mereka yang menjalankan pembedahan di luar negara tidak layak mendapat kemudahan tersebut.
Menurutnya, tempoh cuti tanpa rekod yang diluluskan adalah mengikut tempoh diperakukan oleh pegawai perubatan pakar.
"Cuti tersebut bermula dari tarikh mereka dibenarkan pulang ke rumah dan tidak melebihi 42 hari termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am bagi menjalani proses pemulihan," katanya di sini hari ini.
- UTUSAN