Wanita Solat di Belakang Lelaki

Hadith:

Abu Naim mennyampaikan kepada kami katanya, Ibnu ‘Uyainah menyampaikan kepada kami, daripada Ishaq katanya:”Nabi s.a.w solat di rumah Ummu Sulaim lalu berdiri dan seorang anak yatim di belakang baginda dan Ummu Sulaim di belakang kami.”

(Bukhari)

Huraian :

Allah telah menetapkan kedudukan perempuan adalah di belakang lelakisebagaimana firman-Nya dalam surah an-Nisaa', ayat 34 yang bermaksud :"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telahmelebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain dan kerana merekatelah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.

Sebab itu wanitasolehah ialah yang taat kepada Allah dan memelihara diri ketika ketiadaansuami sebagaimana yang Allah tetapkan."

Sembahyang dalam Islam membabitkan perbuatan pelbagai pergerakan zahir dan batin. Ia tidak mengandungi semata-mata upacara keagamaan serta tidak bercampur aduk antara lelaki dan wanita.

Islam menggariskan beberapa peraturan untuk menentukan umatnya beribadah kepada Allah S.W.T secara tertib dan beradab bagi mencapai kekhusyukan dalam menunaikan ibadah kepada Allah.

Dalam peraturan menunaikan sembahyang berjemaah lelaki dan perempuan, Rasulullah bersabda: 'Sebaik-baik saf bagi lelaki ialah saf yang pertama dan seburuk-buruknya saf yang terakhir, manakala sebaik-baik saf bagi wanita ialah saf yang paling belakang dan seburuk-buruknya adalah saf yang pertama.' (Riwayat Muslim).

Bila saf terisi penuh, maka mulailah dengan saf yang baru dari arah sebelah kanan. Bila yang terbelakang hanya seorang diri, maka usahakanlah ia dapat masuk saf yang sudah ada; atau tariklah seorang anggota saf yang ada untuk menemaninya (yang ditarik pasti mahu, andaikan ia mengerti tata tertibnya).

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url