Banci Britain dicadang sekali setiap 200 tahun

LONDON - Dalam usaha mengurangkan bajet awam, kerajaan perikatan Britain semalam mengumumkan langkah mengadakan bancian yang biasanya dijalankan setiap 10 tahun sejak bermula pada 1801 diubah kepada sekali selang 200 tahun.

Menteri di Pejabat Kabinet, Francis Maude berkata, bancian dilakukan selama ini bukan sahaja kurang tepat malah amat mahal dan untuk kali ini, peruntukan £482 juta (RM2.32 bilion) adalah paling tinggi dalam sejarah bancian.

"Kita masih boleh melakukan bancian menerusi pelbagai kaedah perangkaan moden seperti rekod senarai pengundi pilihan raya dan daftar kelahiran bayi yang sentiasa dikemas kini untuk jumlah rasmi penduduk," katanya.

Britain akan menjalankan proses bancian terbaru pada Mac 2011 dan bancian terakhir pada 2001 lalu menunjukkan Britain ketika itu didiami hampir 50 juta orang.

Di Malaysia, bancian penduduk mula dijalankan selama sebulan sejak minggu lalu dan merupakan kali kelima sejak 1970 diikuti 1980, 1990 dan 2000.

- Agensi
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url