Hari SPA Bertemu Pelanggan - Julai 2010

Tarikh : 27 Julai 2010 (Selasa)

Masa : 10.00 pagi - 3.00 petang

Tempat : Pusat Temuduga, Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur.

OBJEKTIF
1. Menjadikan program SPA bersama pelanggan sebagai langkah mewujudkan budaya layanan mesra pelanggan di SPA.
2. Menjadikan pengaduan dan cadangan pelanggan sebagai input untuk perancangan dan penilaian program SPA.
3. Memberi peluang kepada orang ramai dan penjawat awam mendapat maklumat secara terus.

PANDUAN AKTIVITI
1. Taklimat mengenai permohonan jawatan dalam Perkhidmatan Awam:
* Persiapan menghadiri temu duga
* Panduan memohon jawatan
* Panduan Ujian Khas Memasuki Perkhidmatan Awam

2. Khidmat nasihat Urusan Pengambilan
3. Khidmat nasihat Urusan Pemilihan Pelatih Separa Perubatan
4. Khidmat nasihat Urusan Perkhidmatan
5. Khidmat nasihat Urusan Naik Pangkat dan Tatatertib
6. Khidmat nasihat Urusan Peperiksaan
7. Khidmat nasihat Urusan Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan
8. Tayangan video Sistem Mengambil Sepanjang Masa

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA)
http://www.spa.gov.my
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url