KPLI tak terima calon hamil

Kementerian Pelajaran merujuk aduan Masrina Mohd Yunos pada 29 Jun lalu bertajuk Calon KPLI hamil terkilan rayuan tak dilayan.

Merujuk Surat Tawaran dan Buku Panduan Tawaran Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR), tawaran mengikuti kursus ini tidak sah bagi calon hamil atau baru melahirkan anak dan belum melepasi 60 hari bersalin. Ia membabitkan calon ditimpa nahas atau sakit yang memerlukan rawatan berpanjangan.

Penangguhan pendaftaran kursus tidak dibenarkan dalam kes seperti itu. Calon boleh memohon mengikuti kursus pada tahun berikutnya, mesti memenuhi syarat kemasukan tahun semasa serta mematuhi prosedur permohonan.
Permohonan calon untuk dipanggil semula tanpa syarat kemasukan seterusnya tidak dapat dipertimbangkan kerana calon perlu melepasi prosedur pemilihan seperti ujian kelayakan dan temu duga setiap kali permohonan dibuat.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran.
http://www.moe.gov.my
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url