Top Ad 728x90

,

Khatib Harus Doakan Kesejahteraan Rakyat, Agong Dan Raja-Raja

Semua khatib di seluruh negara telah dimaklumkan supaya mendoakan kesejahteraan rakyat, Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja dalam bacaan doa selepas khutbah Jumaat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata tindakan khatib di Pulau Pinang yang menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat, adalah satu perbuatan yang tidak wajar dilakukan.

"Jangan kita mengambil kesempatan waktu itu (khutbah) yang dalam peraturan pun, telah kita aturkan supaya doa itu dikhususkan kepada umat Islam dan juga kepada Raja masing-masing, ataupun Sultan yang memerintah negeri masing-masing," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa Tabung Haji, Rabu.

"Kalau semua Tok Imam nak berdoa untuk pemimpin setempat, dia akan timbul kecelaruan dalam institusi masjid, sedangkan kita melihat masjid adalah tempatpenyatuan umat Islam," katanya.

Beliau mengulas insiden penggunaan nama Lim dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong di beberapa masjid di negeri itu baru-baru ini.

Jamil Khir berkata memang tidak menjadi kesalahan untuk mendoakan seseorang itu untuk mendapat hidayah, tetapi bukan menerusi khutbah Jumaat.

"Kita kena fahami peraturan yang telah lama berjalan dan kita tak marah kalau nak balik (rumah) berdoa kepada orang lain, itu terpulang," katanya.

Dalam pada itu, beliau meminta semua khatib di seluruh negara supaya sentiasa menjaga keharmonian dan sensitiviti masyarakat setempat yang mewakili pelbagai parti politik, ideologi dan pegangan ketika menyampaikan khutbah.

Pada majlis itu, Jamil Khir turut menyampaikan sumbangan kepada 40 anakyatim dan 40 ibu tunggal yang berupa wang tunai, hamper dan peralatan persekolahan daripada Tabung Haji.

Hadir sama pengerusi Lembaga Tabung Haji Tan Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor.

- BERNAMA

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90