MyPartnership Portal Tingkatkan Ketelusan
"Zaman ini adalah zaman ketelusan dan integriti. Portal ini akan menjadi satu lagi medium untuk menyalurkan maklumat mengenai tender dan projek yang diluluskan oleh UKAS," katanya kepada media pada Majlis Berbuka Puasa dan Pelancaran Portal itu di sini.
MyPartnership Portal beroperasi sejak dua bulan lepas melalui laman web UKAS di www.3pu.gov.my.
Paparan maklumat yang terkandung dalam portal itu termasuk iklan tender, keputusan tender, carta aliran proses kelulusan projek, dan pautan ke laman web pemegang konsesi.
Sebagai agensi pusat, UKAS dipertanggungjawabkan untuk merancang dan menyelaras program-program Kerjasama Awam Swasta atau Public Private Partnership (PPP).
- BERNAMA
