Tiket raya masih banyak

Tiket pengangkutan awam termasuk bas dan kereta api bagi orang ramai balik ke kampung masing-masing untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti masih banyak.

Pengarah Eksekutif Konsortium Transnasional Berhad (KTB), Tengku Hasmadi Tengku Hashim berkata, dalam hal ini, orang ramai tidak perlu khuatir kehabisan tiket.

"Kami akan menjual kira-kira 40,000 tiket sehari untuk semua destinasi bagi musim perayaan pada kali ini.

"Bagaimanapun orang ramai dinasihatkan supaya membeli tiket lebih awal bagi menge lakkan kesesakan pada waktu puncak dan tiket boleh didapati di semua kaunter Transnasional, Plusliner dan Nice serta rangkaian stesen Petronas terpilih," katanya ketika dihubungi semalam.

Tiket juga, katanya, boleh dibeli secara online melalui laman web www.ticket4u.com.my.

Sementara itu, Pengurus Komunikasi Korporat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd. Fazil Ismail berkata, tiket untuk perjalanan ke Utara, Selatan dan Tengah tanah air masih lagi dijual.

Bagaimanapun katanya, tiket perjalanan mulai 1 hingga 16 September bagi sektor Pantai Timur telah habis begitu juga ke Padang Besar bagi perjalanan dari 2 hingga 9 September ini.

Katanya, sebanyak 74,260 tiket bagi perjalanan dari 1 September hingga 18 September untuk semua sektor telah dijual bermula 28 Julai lalu.

"Bagi pengguna yang menaiki sistem kereta api elektronik (ETS) bagi laluan KL-Ipoh pula mereka bakal menikmati harga tiket promosi RM30 sehala selama enam bulan bermula esok," ujarnya.

Pengendali penerbangan kos rendah negara, AirAsia tidak ketinggalan untuk memberikan harga tiket menarik kepada pengguna menerusi kempen Mind Blowing Fare yang bermula semalam.

- KOSMO!
Next Post Previous Post
1 Comments
  • Diarihatiku1976
    Diarihatiku1976 Khamis, 12 Ogos 2010 pada 7:57:00 PG SGT

    sekarang memang byk.. takut hari ke3-4 terus habis.. ahhhakass

Add Comment
comment url