Top Ad 728x90

494,493 duduki UPSR 2010

Seramai 494,493 calon menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula 21 hingga 23 September 2010.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dalam satu kenyataan di sini berkata daripada jumlah itu, 373,190 adalah dari sekolah kebangsaan (SK), 96,166 dari Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan 16,965 dari SJK Tamil. Turut menduduki UPSR ialah 8,163 calon Sekolah Swasta Pengantar Bahasa Melayu dan sembilan pelajar dari Sekolah Swasta Pengantar Bahasa Cina. Di KUANTAN, 26,936 pelajar Tahun Enam menduduki UPSR di seluruh negeri, termasuk 81 calon daripada golongan kelainan upaya.

Pengarah Pelajaran Pahang Datuk Abdul Aziz Abdul Latif ketika ditemui selepas meninjau SK Permatang Badak di sini, berkata beliau berharap jumlah pelajar lulus semua subjek pada kali ini meningkat kepada 70 peratus berbanding 68.39 peratus tahun lalu.

Di KUALA TERENGGANU, 23,533 murid menduduki UPSR di 371 pusat peperiksaan di 354 sekolah di seluruh negeri, kata Pengarah Pelajaran Negeri, Ariffin Embong.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia negeri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata beliau yakin sasaran Terengganu untuk mencapai 20 peratus A dalam semua mata pelajaran akan tercapai.
Beliau berkata ia berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan yang mencatatkan kira-kira 29 peratus pelajar mendapat gred A dalam semua mata pelajaran.

- BERNAMA

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90