ADUN Galas, Kelantan Meninggal Dunia
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, di Parlimen Gua Musang, Kelantan, Che Hashim Sulaima, 47, meninggal dunia di Hospital Pakar al-Islam, Kampung Baru akibat barah usus kira-kira pukul 4.30 petang tadi.
Maklumat tersebut disahkan oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa yang turut berada di pusat rawatan berkenaan sejak pagi tadi.
"Beliau disahkan meninggal pada pukul 4.30 petang," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.
Che Hashim dimasukkan ke KBMC sejak lima hari lalu.
Anggota keluaga beliau turut berada di pusat rawatan berkenaan.
Beberapa pemimpin tertinggi PAS turut menziarahi Che Hashim antaranya Penolong Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan dan Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar.
Che Hashim disahkan menghidap penyakit tersebut sejak Mei tahun lalu apabila batuk mengeluarkan darah.
Susulan itu beliau menjalani pembedahan di The First People's Hospital Fu San, China.
Julai lalu beliau sekali lagi dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Perdana Kota Bharu.
Allahyarham memenangi kerusi Galas yang terletak dalam parlimen Gua Musang dengan majoriti 646 undi pada pilihan raya umum yang lalu dengan mengalahkan calon BN, Saufi Deraman.
- MSTAR
Khabarnya lebih 3000 orang menyempurkakan Solat Jenazah untuk beliau..
SUBHANALLAH... Didunia lagi Allah telah menunjukkan tanda-tanda kemuliaan dan kesejahteraan yang akan dikurniakan kepada allahyarham.. semoga Allah mencucuri RahmatNya keatas beliau... inilah keberkatan dan kemuliaan yang di berikan oleh Allah kepada mereka yang IKHLAS berjuang bersama-sama Jemaah yang betul, untuk mendaulatkan Hukum Allah di dalam sistem kehidupan keseluruhannya. Marilah kita mengambil iktibar dari kemuliaan dan darjat yang telah dikurniakan oleh Allah kepada beliau dan marilah kita bermuhasabah, apakah telah cukup usaha dan sokongan kita untuk bersama-sama menyokong Jemaah yang jelas berjuang berlandaskan Syariat Islam. Atau kita hanya sekadar selesa berada ditakuk lama yang mana telah jelas pilihan kita selama 53 tahun ini adalah pilihan yang sesat. Bukti dan hujah kebenaran berada didepan mata. Apakah kita masih teguh mempertahankan kesesatan itu. Tepuk dada tanya Iman. Hanya Allah Yang Maha Kua…