Iklan raya TV3 ditarik balik


Babak kanak-kanak menaiki beca terbang turut diselitkan pada iklan Aidilfitri yang ditarik balik TV3 serta-merta berkuat kuasa semalam.


Ekoran penyiaran iklan Aidilfitri yang menyentuh sensitiviti penonton beragama Islam di negara ini, TV3 semalam bertindak menarik balik penyiaran iklan tersebut berkuat kuasa serta-merta.

Difahamkan iklan Sinari Lebaran itu mula disiarkan pada 2 September lalu.

Antara babak yang dianggap kontroversi ialah kanak-kanak menaiki beca terbang yang mirip kenderaan digunakan oleh Santa Claus ketika sambutan Hari Natal.

Malah ada juga babak yang menunjukkan kemunculan cahaya pelita di celah-celah kelopak bunga yang berkembang kebiasaannya dikaitkan dengan perayaan Deepavali.

Iklan yang berdurasi kira-kira satu minit itu turut menyelitkan unsur-unsur khayalan menunjukkan kanak-kanak dibawa terbang merentasi beberapa mercu tanda terkenal negara seperti Menara Berkembar Petronas, jambatan mirip Jambatan Pulau Pinang dan Menara Condong Teluk Intan.

Penyiaran iklan TV3 tersebut didakwa menimbulkan impak di luar konteks sebenar sambutan hari lebaran yang bukan dikaitkan dengan hiburan semata-mata.

- KOSMO!



Next Post Previous Post
4 Comments
  • mamat
    mamat Isnin, 6 September 2010 pada 7:45:00 PG SGT

    menyampah plak aku tgk ikan raya tv3 yg kna reject ni, mmg btul patut kna reject. tv3 tak kan terlepas pandang plak....

  • Ika Razak
    Ika Razak Isnin, 6 September 2010 pada 9:47:00 PG SGT

    Maybe die nak tonjolkan satu Malaysia.. tapi memang tak boleh la kalo nak babitkan bab agama..

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Isnin, 6 September 2010 pada 11:43:00 PG SGT

    dah terlebih 1 malaysia la tu..konon2 nk dpt pujian...

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Isnin, 6 September 2010 pada 9:35:00 PTG SGT

    macamana iklan macam ni boleh lulus ditayang dalam TV..
    CEO TV3 patut bertanggungjawab dan letak jawatan..bukan hanya mintak maaf dan tarik balik..ini semua kerja org UMNO..

Add Comment
comment url