Jalani hemodialisis tak batalkan puasa
JAWAPAN: Sah berpuasa bagi seseorang pesakit buah pinggang yang menjalani hemodialisis. Tetapi dia harus berbuka jika rawatan tersebut boleh memudaratkan.
Solat terbatal jika aurat terbuka
SAYA pernah terlihat rakan yang menunaikan solat memakai baju yang singkat sehingga kelihatan bahagian belakang paras pinggang ketika dia rukuk dan sujud. Adakah sah solat tersebut?
JAWAPAN: Ulama semua bersetuju bahawa menutup aurat merupakan syarat sah solat seseorang. Aurat lelaki dari pusat ke lutut. Jika semasa solat mana-mana bahagian aurat lelaki di antara pusat dan kaki terbuka aurat maka solat tersebut batal.
Wajib qada solat Subuh
BOLEHKAH saya melakukan solat Subuh pada pukul 11 pagi kerana terlewat bangun tidur?
JAWAPAN: Saudari wajib melaksanakan solat Subuh secara qada apabila luput waktu solat berkenaan.
Tidak mampu bayar fidyah
BAGAIMANAKAH seseorang itu mahu membayar fidyah tetapi mengalami kesempitan wang? Adakah cara lain?
JAWAPAN: Sebaik-baiknya saudari kumpul wang sedikit demi sedikit sehingga mampu untuk membayarnya.
- KOSMO!
tapi bagi yang tak tahan sampai boleh pucat-pucat muke n menggigil.. harusla bukak puasa... kan?