Pembayar cukai boleh semak akuan dalam e-Lejar
Mereka boleh menyemak butir peribadi dalam rekod LHDN, transaksi percukaian dalam akaun dan baki terkini akaun cukai.
Pembayar cukai hanya perlu memasukkan nombor MyKad dan kata laluan seperti digunakan dalam e-Filling.
Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Tan Sri Hasmah Abdullah, bagaimanapun berkata, pemilik akaun tidak dibenarkan membuat sebarang perubahan butiran peribadi yang dipamerkan dalam e-Lejar.
Katanya, selepas semakan dan jika pembayar cukai mahu mengemas kini maklumat atau butir peribadi, mereka perlu ke pejabat LHDN untuk membuat perubahan.
"Kita perlu memastikan perubahan diminta pemilik akaun sebenar," katanya selepas melancarkan e-Lejar sempena Hari Inovasi 2010 Peringkat Kebangsaan di Ipoh, semalam.
- BERITA HARIAN

