Permohonan Untuk Menjadi Pegawai Kadet UPNM



Semua calon yang berminat untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM), calon boleh mengemukakan permohonan untuk menjadi Pegawai Kadet UPNM kepada Cawangan Tenaga Kerja, Bahagian Perkhidmatan Anggota, Kementerian Pertahanan.

Calon-calon akan ditemuduga berdasarkan kepada keputusan peperiksaan percubaan SPM. Temuduga akan dijalankan di seluruh Malaysia oleh Kementerian Pertahanan pada bulan Januari hingga Mac setiap tahun.

Permohonan boleh dibuat dengan menghantar dokumen-dokumen yang telah disahkan dari salinan asal seperti berikut ke alamat di bawah :

1. Salinan Percubaan SPM 2010
2. Salinan Sijil Berhenti Sekolah
3. Salinan Kad Pengenalan
4. Salinan Sijil Lahir
5. Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa
6. Salinan Sijil Kokurikulum
7. Sampul surat berukuran 20sm x 28sm beralamat sendiri dan bersetem 50 sen. (Sila catatkan di sebelah kiri sampul surat pilihan anda samada Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia atau Tentera Udara Diraja Malaysia)

Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :
Markas Angkatan Tentera Malaysia
Bahagian Perkhidmatan Anggota, Cawangan Tenaga Kerja
Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, 50634 KUALA LUMPUR
(Untuk Perhatian : Sel C)

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan dengan pengambilan Pegawai Kadet UPNM, sila berhubung dengan pegawai pemilih seperti berikut :

Pegawai Kanan Pemilihan Anggota : Lt Kol Mohammad Yatim bin Mohd Nor (03-20712382)

Ketua Pegawai Pemilih : Lt Ariff Firdaus bin Anasipudin TLDM (03-20714526)

Pegawai Pemilih Darat : Kapt Ridzuan bin Abdullah (03-20714524)

Pegawai Pemilih Udara : Kapt Saiful Rizal bin Rejab TUDM (03-20712387)

Kaunter Pertanyaan : 03-20712391

Talian bebas tol : 1-800-88-7588 (Jam 8.00 pagi - 5.00 petang)

Nombor faks : 03-26985340, 03-26986235

Email : ctk.mtk@mod.gov.my

Tarikh tutup permohonan : 31 Januari 2011 (Isnin)

Tarikh dan tempat temuduga : Akan dimaklumkan melalui surat kepada calon-calon yang layak dan terpilih

Calon-calon yang telah hadir pada temuduga tersebut perlu mengemukakan permohonan secara dalam talian untuk kemasukan ke program pengajian Universiti Pertahanan Nasional Malaysia melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), JPT, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Anda boleh memohon melalui www.mohe.gov.my. Permohonan akan dibuka mulai bulan Februari setiap tahun. Calon adalah dikehendaki untuk mendapatkan Nombor Unik ID daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum mengemukakan permohonan.

Untuk maklumat lanjut
http://www.upnm.edu.my/index.php?req=31
Next Post Previous Post
7 Comments
  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Isnin, 7 November 2011 pada 10:48:00 PTG SGT

    assalamualaikum..saya ingin bertanya tentang syarat kelayakan akademik untuk belajar di upnm..semasa percubaan spm baru2 ini saya mendapat 2A,1B,3C,1D,3E.

    sya,Mohamad Saffari

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Ahad, 12 Februari 2012 pada 11:24:00 PTG SGT

    assalamualaikum.. apakah mslh yg menyebabkn permohonan utk trpilih sbg pegawai kadet tidak diluluskan atau gagal?


    saya:FATIN NADIAH BT MUSTOPAL KAMAR

  • MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN)
    MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) Ahad, 12 Februari 2012 pada 11:38:00 PTG SGT

    Waalaikumsalam.

    Kelayakan pemohon mesti memenuhi syarat minimum. Jika tidak cukup syarat, memang tidak dapat.

    Jika memenuhi syarat sekali pun, masih akan melalui proses tapisan. Hanya yang terbaik akan dapat.

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Isnin, 13 Februari 2012 pada 12:52:00 PTG SGT

    assalamualaikum,, bilakah tarikh paling lewat surat maklum balas akn diterima oleh pemohon??? dan sekiranya surat permohonan tidak lengkap, adakah ia akan menjejaskan kelayakan permohonan??

    saya: FATIN NADIAH BT MUSTOPAL KAMAR

  • MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN)
    MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) Isnin, 13 Februari 2012 pada 11:49:00 PTG SGT

    FATIN NADIAH - Waalaikumsalam. Ini iklan lama tahun 2011. Iklan tahun 2012 : http://myadha.blogspot.com/2012/01/iklan-pengambilan-calon-lepasan-spm.html

    Biasanya dalam tempoh 2 minggu akan terima surat.

    Kalau permohonan tak lengkap, permohonan tidak akan diproses.

  • dayah
    dayah Ahad, 8 April 2012 pada 5:14:00 PTG SGT

    NUR HIDAYAH KASSMI- keputusan SPM saya 1A 3B 4C 2D. adakah saya layak untuk memohon? jika tidak layak, apakah ada cara lain untuk melayakkan saya masuk ke UPNM? adakah lepasan STPM juga boleh memohon?

  • Unknown
    Unknown Jumaat, 22 Mac 2013 pada 11:51:00 PTG SGT

    Assalam , Saya nak tanya iklan untuk kemasukan tahun 2013 tak ada ke?

Add Comment
comment url