Spekulasi gambar iPhone 5 terbaru


NEW YORK - Penyebaran gambar dan video model baru telefon pintar iPhone di Internet baru-baru ini menimbulkan spekulasi dalam kalangan peminat gajet itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Setelah laman web GlobalDirect-Parts.com menyiarkan video yang menunjukkan sebahagian rangka gajet itu, terdapat peminat yang tertanya-tanya sama ada ia adalah model baru iPhone 5.

Syarikat pengeluar iPhone, Apple, kemudian mengarahkan agar laman web itu tidak menyiarkan video tersebut.

Terdapat beberapa pengedar alat ganti telefon mendakwa bahawa mereka telah menerima beberapa alat ganti iPhone tanpa diketahui modelnya.

Laman web SmartPhone Medic yang menyiarkan gambar-gambar itu menjelaskan bahawa terdapat perbezaan yang ketara pada reka bentuk model terbaru itu.

Sumber terdekat Apple menjelaskan bahawa syarikat itu merancang untuk memperkenalkan model baru Verizon iPhone pada waktu terdekat dan mungkin pada Februari ini sempena sambutan Hari Kekasih.

- Agensi
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url