Top Ad 728x90

, , ,

Iklan Pengambilan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Ambilan Julai 2011






KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA (KPT)

JABATAN PENGAJIAN TINGGI

PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM

DIPLOMA PENDIDIKAN AMBILAN JULAI 2011


Pemohon lepasan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang berkelayakan dipelawa mengemukakan permohonan bagi mengikuti Program Diploma Pendidikan (DPLI) di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Ambilan Julai 2011.


KOD PROGRAM PENGAJIAN KEMASUKAN KE IPTA

PROGRAM PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN

SESI AKADEMIK 2011/2012


Bil

IPTA

Kod

Nama Program

1

UPSI

AT06D

BAHASA INGGERIS

2

UPSI

AT45D

PERDAGANGAN & KEUSAHAWANAN

3

UPSI

AT63D

EKONOMI RUMAH TANGGA

4

UPSI

AT79D

DIPLOMA PENDIDIKAN (BAHASA IBAN)

5

UPSI

AT80D

DIPLOMA PENDIDIKAN (BAHASA KADAZAN/DUSUN)

6

UPSI

AT81D

DIPLOMA PENDIDIKAN (PELANCONGAN)

7

UiTM

ET06D

BAHASA INGGERIS

8

UiTM

ET45D

PERDAGANGAN & KEUSAHAWANAN

9

UIAM

YT06D

BAHASA INGGERIS


SENARAI IPTA, KURSUS YANG DITAWARKAN & KESESUAIAN IJAZAH :


* UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)


PENDAFTAR

BAHAGIAN AKADEMIK

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

JALAN SLIM

35900 TANJUNG MALIM

PERAK

NO. TELEFON:

Talian 1 : 05-4506932

Talian 2 : 05-4506929

NO. FAKS : 05-4582670

E-MEL : akademik@upsi.edu.my

http://www.upsi.edu.my


FAKULTI DAN PROGRAM PENGAJIAN

Pada tahun 2011 ini, UPSI akan menawarkan program Diploma Pendidikan (DP) seperti berikut:

Pelancongan - Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Ekonomi Rumah Tangga - Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Perdagangan dan Keusahawanan - Fakulti Pengurusan dan Ekonomi

Bahasa Inggeris - Fakulti Bahasa dan Komunikasi

Bahasa Iban - Fakulti Bahasa dan Komunikasi

Bahasa Kadazan/Dusun - Fakulti Bahasa dan Komunikasi


BAHASA INGGERIS
AT06D
02 Semester

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti dalam bidang seperti berikut:

  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Inggeris/Kesusasteraan Inggeris

PERDAGANGAN & KEUSAHAWANAN
AT45D
02 Semester

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti dalam bidang seperti berikut:

  • Perniagaan / Perdagangan
  • Keusahawanan

EKONOMI RUMAH TANGGA
AT63D
02 Semester

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti dalam mana-mana bidang seperti berikut:

  • Hospitaliti
  • Fesyen & Tekstil
  • Sains Makanan
  • Perkhidmatan Makanan

DIPLOMA PENDIDIKAN (BAHASA IBAN)
AT79D
02 Semester

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti dalam bidang seperti berikut:

  • Bahasa

dan
Boleh bertutur dalam bahasa Iban
dan

Lulus Ujian Khas yang ditetapkan.

DIPLOMA PENDIDIKAN (BAHASA KADAZAN/DUSUN)
AT80D
02 Semester

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti dalam bidang seperti berikut:

  • Bahasa

dan
Boleh bertutur dalam bahasa Kadazan/Dusun

dan
Lulus Ujian Khas yang ditetapkan.

DIPLOMA PENDIDIKAN (PELANCONGAN)
AT81D
02 Semester

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti dalam bidang seperti berikut:

  • Hospitaliti

* UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)


BAHAGIAN PENGAMBILAN PELAJAR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM)

BANGUNAN UIC

40450 SHAH ALAM

SELANGOR

NO. TELEFON :

Talian 1 : 03-55443164

Talian 2 : 03-55443165

NO. FAKS : 03-55443170

E-MEL : bpp@salam.uitm.edu.my

http://istudent.uitm.edu.my/intake


BAHASA INGGERIS
ET06D
02 Semester

UNTUK BUMIPUTERA SAHAJA

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

  • Bahasa Inggeris
  • Kesusasteraan Inggeris

PERDAGANGAN & KEUSAHAWANAN
ET45D
02 Semester

UNTUK BUMIPUTERA SAHAJA

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti dalam bidang seperti berikut:

  • Perniagaan / Perdagangan
  • Keusahawanan

* UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM)


UNIT KEMASUKAN, PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM)

P.O BOX 10

50728 W.P. KUALA LUMPUR

NO. TELEFON :

Talian 1 : 03-61964000

NO. FAKS : 03-61964163

E-MEL : dip_pendidikan@iium.edu.my

http://www.iiu.edu.my/insted


BAHASA INGGERIS
YT06D
02 Semester

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

  • Bahasa Inggeris / Kesusasteraan Inggeris

SYARAT AM UNIVERSITI

Permohonan terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja serta berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh iklan dikeluarkan.

Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 35 tahun pada 28 Jun 2011 pada atau selepas 28 Jun 1976.

Syarat Am

  1. Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPTA tempatan atau yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan
    PNGK sekurang - sekurangnya 2.75;
    atau
  2. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat universiti.
    dan
  3. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;
    dan
  4. Lulus mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan di peringkat SPM atau Matematik kertas Julai;
    dan
  5. Lulus Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI)
  6. Lulus Temu duga dan diperaku oleh panel penemu duga.

Syarat Khas Program

  1. Pemohon perlu memenuhi syarat khas program pengajian seperti yang dinyatakan dalam SYARAT KHAS PROGRAM dalam e-Panduan Permohonan Kemasukan ke IPTA di laman web http://upu.mohe.gov.my
  2. Pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda yang berkaitan dengan bidang pengkhususan yang dipohon akan diberi keutamaan.
  3. Semua program pengajian di UiTM dikhaskan untuk Bumiputera sahaja.

Syarat Tambahan

  1. Pemohon yang telah tamat pengajian dan telah mendapat pengesahan tempat pengajian oleh senat Universiti pada 31 Disember 2010 sahaja yang akan dipertimbangkan.
  2. Sihat tubuh badan, tidak mengidap penyakit mental atau fizikal dan berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk kursus ini.
  3. Pemohon yang memohon bidang pengajian Sains Tulen/ Sains Teknikal atau Matematik hendaklah menguasai Bahasa Inggeris dengan baik dalam aspek lisan dan penulisan.
  4. Sila semak laman web JPA : http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainiktiraf.asp untuk memastikan Ijazah yang dimiliki mempunyai pengiktirafan JPA.
  5. Pemohon wajib mencetak MAKLUMAT PERMOHONAN setelah mengemukakan permohonan/ pengemaskinian maklumat dan kemudian menghantar bersama-sama salinan dokumen yang telah disahkan kepada semua IPTA pilihan selewat-lewatnya pada 18 Mac 2011 . Salinan dokumen yang perlu disahkan dan dihantar adalah seperti berikut :-
    • Maklumat Permohonan (Cetak Pengesahan Permohonan)
    • Salinan Kad Pengenalan/MyKad Calon
    • Salinan Sijil Kelahiran Calon
    • Salinan Sijil Kelahiran Ibu dan Bapa (Calon UiTM sahaja)
    • Salinan Sijil Berhenti Sekolah/Surat Akuan
    • Salinan Transkrip Akademik yang lengkap dan telah di sahkan oleh Senat.
    • Salinan sijil SPM

Ujian MEdSI dan Temu duga

  1. Pemohon yang layak untuk mengikuti Program Diploma Pendidikan diwajibkan menduduki ujian MEdSI dan temu duga yang ditetapkan.
  2. Hanya pemohon yang memenuhi Syarat Am serta Syarat Khas program sahaja akan dipanggil untuk menghadiri ujian MEdSI.
  3. Panggilan untuk ujian MEdSI boleh disemak mulai 22.04.2011 hingga 30.04.2011 melalui laman web http://www.mpm.edu.my.
  4. Panggilan temu duga boleh disemak mulai 13.05.2011 hingga 18.05.2011 melalui laman web http://upu.mohe.gov.my
  5. Segala perbelanjaan untuk menghadiri ujian dan temu duga adalah di bawah tanggungan pemohon.

PANDUAN UJIAN MEdSI

1. SEMAKAN panggilan menduduki Ujian MEdSI adalah melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia di www.mpm.edu.my mulai 22 April 2011.

  1. Tarikh Menduduki MEdSI adalah pada 30 April 2011.
  2. NAMA PUSAT Ujian MEdSI adalah DIPILIH OLEH CALON SENDIRI semasa mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA secara Aplikasi Dalam Talian.
  3. TIADA BAYARAN DIKENAKAN untuk menduduki MEdSI.
  4. Ujian MEdSI hanyalah untuk calon-calon yang MEMOHON PROGRAM PENGAJIAN PENDIDIKAN ketika mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA secara Aplikasi Dalam Talian.
  5. Ujian MEdSI adalah ujian personaliti untuk menguji MINAT CALON TERHADAP PROFESSION KEGURUAN, INTEGRITI, KECERDASAN EMOSI dan PERSONALITI GURU.
  6. Soalan ujian MEdSI mengandungi 300 SOALAN dan perlu dijawab dalam masa 1 JAM 10 MINIT.
  7. Soalan Ujian MEdSI adalah berbentuk Inventori yang terbahagi kepada Empat (4) Bahagian.
  8. Ujian MEdSI hanya SAH untuk sekali ambilan sahaja.


Sebarang pertanyaan, sila hubungi alamat dan talian seperti berikut:

PENGARAH

BAHAGIAN PENGURUSAN KEMASUKAN PELAJAR

JABATAN PENGAJIAN TINGGI

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

ARAS 1, BLOK E9, PARCEL, PRESINT 1

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

62505 PUTRAJAYA

No. Tel: 03-88835801/5802

No. Faks: 03-88894260

E-Mel: upu@mohe.gov.my


Catatan:-

* Kementerian Pelajaran Malaysia akan menaja yuran pengajian serta elaun bagi pemohon yang layak dan terpilih untuk mengikuti Program Diploma Pendidikan di IPTA.

* Pemohon yang tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran di IPTA adalah dianggap tidak berjaya.


CARA MEMOHON:

PERMOHONAN ONLINE dibuka mulai 28 FEBRUARI 2011 (ISNIN) jam 12.00 TENGAH HARI di Laman Web Kemasukan ke IPTA (Unit Pusat Universiti - UPU) : http://upu.mohe.gov.my

PEMBELIAN NOMBOR UNIK ID MELALUI BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)

Bayaran boleh dibuat di Kaunter BSN atau Mesin ATM BSN / Perbankan SMS BSN (bagi pemegang akaun GIRO sahaja) dengan harga RM20.60 (termasuk RM0.60 bayaran perkhidmatan bank)

NO. AKAUN UPU : 14100-29-83030691-5

Jika melalui mesin ATM BSN - Pilih URUSAN LAIN > NO. PIN > IPTA > DIPLOMA PENDIDIKAN dan masukkan No. Kad Pengenalan anda atau pemohon lain. Boleh juga membeli No. Pin pemohon lain menggunakan Kad ATM anda.

Pemohon juga boleh membeli No. Pin melalui Perbankan Internet BSN : http://www.mybsn.com.my/ - Pin Purchase > UPU > Diploma Pendidikan

Nota: Sila simpan slip pembayaran untuk rujukan dan sebagai bukti sah pembelian.

TEMPOH PERMOHONAN & PEMBELIAN NO. UNIK ID (PIN) : 28 FEBRUARI – 14 MAC 2011

TARIKH TUTUP PERMOHONAN ON-LINE : 14 MAC 2011

TARIKH TUTUP MENGHANTAR SALINAN DOKUMEN KE IPTA : 18 MAC 2011


APLIKASI PERMOHONAN ON-LINE:

https://online.mohe.gov.my/upu/online1112/allstpm/index_dp.html

MUAT TURUN IKLAN:

http://www.ziddu.com/download/13984674/DiplomaPendidikanLepasanIjazahDPLIAmbilanJulai2011.pdf.html



44 Comment:

  1. bila plak permohonan dpli yg seterusnya akan dibuka? sy dh t'lepas peluang yg july intake..

    BalasPadam
  2. DPLI biasanya setahun sekali. Iklan mungkin bulan Mac. Itupun jika tiada penangguhan.

    KPLI buat masa ini dibuka kepada Guru GSTT. Mungkin akan datang dibuka semula kepada umum.

    BalasPadam
  3. norlailie mustafa.
    saya nk tnye,dpli untuk 2012 akan di iklankan pada bulan berapa?adakah ia ditangguhkan juga seperti kpli?

    BalasPadam
  4. norlailie mustafa.saya nk tnye mengenai perbezaan kpli dan dpli?Ada pendapat berkata bahawa dpli akan mengaja di sek ren dan kpli di sek men.Adakah betul?

    BalasPadam
  5. Norlailie Mustafa
    - Terbalik tu. KPLI untuk Sekolah Rendah dan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru (IPG) sementara DPLI mengajar Sekolah Menengah dan akan mengikuti kursus di universiti (IPTA)

    BalasPadam
  6. sarina mustapha
    saya rasa dpli atau kpli tidak akan ada untuk thun ini,

    BalasPadam
  7. Jeslinda

    KPLI @ DPLI ke semua dah try mintak tp x pernah nk berjaya.sampai dah putus asa.tp mmg minat sgt nk jadi tenaga pengajar.

    BalasPadam
  8. sya selalu mintak..tp xpernah bjaya..xtau la bila impian akan jd knyataan ni..

    BalasPadam
  9. kalo dapat di IPG Gaya tu KPLI atau DPLI????

    BalasPadam
  10. KPLI ditempatkan di Institut Pendidikan Guru (IPG) sementara DPLI ditempatkan di universiti (IPTA).

    BalasPadam
  11. DPLI ambilan JULAI 2012 sudah dibuka ke belum ea????

    BalasPadam
  12. bile agaknya permohonan untuk dpli yang seterusnya akan dibuka?

    BalasPadam
  13. Laila.Agak2 tahun ni ade tak kpli atau dpli??? knapa xde serapan guru sekolah agama rakyat yang ada ijazah untuk masuk sekolah kementerian ek atau tawaran kpli???

    BalasPadam
  14. Mudah2 dapat lah kpli tahun ni.....

    BalasPadam
  15. kalau ambil postgraduate diploma in education kat Open University boleh jadi cikgu di bawah KPM tak??? En mohd ADha boleh tolong jawab...

    BalasPadam
  16. n.jannah
    permohonan DPLI untuk tahun 2012 adex??sbb saya baru tamat degree dlm januari baru2 ni....sangat teringin untuk masuk bidang perguruan..

    BalasPadam
  17. Hidayah Hassan...tahun 2012 dah xdak DPLI ka, sbb ni dah masuk bulan mac, tahun lepas bulan feb pun iklan dah publish?

    BalasPadam
  18. permohonan kpli & dpli untuk 2012 bila plak dibuka?harap dapat membantu info2 terkini.tq.

    BalasPadam
  19. last day tuk permohonan 14 mac 2012 kn... ?
    bru dpat thu, n try bkak link tuk permohonan arini..tp apsal x bleh ek..x kan dh tutup kot...huhuhuu....mlepas....

    BalasPadam
  20. salam..sye nak tanya mengenai permohonan dpli bg julai tahun ini.Adakah dpli tidak ada untuk tahun ini seperti yang pernah diberitahu oleh orang ramai sebelu ini.Setahu saya iklan selalunya pada bulan mac,tetapi smpai skrg iklan masih lg tiada.

    BalasPadam
  21. Salam
    jika sy mengambil kos sains politik
    tetapi berminat utk menjadi guru sejarah pada mase akan dtg
    bolehkah sy memohon DPLI?

    BalasPadam
  22. norasma ahmad. untuk tahun 2012,bila permohonana untuk DPLI dibuka?

    BalasPadam
  23. Salam semua...rasa rasa tahun ni ada x pengambilan dpli lg ek...?

    BalasPadam
  24. aslmkm..sye nk tnye pengambilan dpli untuk tahun ni tiada ke?Selalunya iklan pada blan mac,tp sehingga skarang masih tiada sebarang berita mengenai dpli

    BalasPadam
  25. salam.... bleh tak sye nak tau... ap syarat nk masuk KPLI dgn DPLI nie.. sye minat sangat nie....

    BalasPadam
  26. Sir, bila DPLI akan dibuka untuk tahun 2012?

    BalasPadam
  27. Noor Azizah
    Sir, bulan berapa DPLI akan dibuka pada tahun 2012? sumber mana yang boleh dipercayai jika DPLI dikeluarkan?

    BalasPadam
  28. EMMM BILA IKLAN DPLI LG???

    BalasPadam
  29. lailie mustafa.salam,saya nk tnye,dpli untuk thn ni tiada ke?Biasanya iklan mac,tp sehingga kini tiada sebarang iklan diumumkan

    BalasPadam
  30. sshnya lah nk lepas tapisan...bila dah pg temuduga xdapt pun..tak pg menyesal..pg buang masa ja..nak ambek 200 orng pnggil tmuduga sampai 500 orang..sakit hati btol..pnggil y btol2 layak dah la..

    BalasPadam
  31. saya Noorasiah@Nor Insyirah...nak tny, yahun 2012 ni ade tak pengambilan utk DPLI@KPLI?...

    BalasPadam
  32. tlg e-mail sy d Insyirah0508@gmail.com @ Insyirah0508@yahoo.com jika ada pengambilan utk DPLI@KPLI tahun 2012...TQ...i'm really2 like to be a teacher..

    BalasPadam
  33. kalau saya ada degree dlm bidang sains biologi.jadi boleh ke minta dpli ni? kalau boleh, IPTA mana yang sesuai ya? hrp blh membantu. ;)

    BalasPadam
  34. Dasima kalirab
    slm.saya ingin bertanya mengenai gstt yang baru berkhidmat selama 1 tahun.adakah penyambungan akan dibuat or akan diserap maktab spt gstt yg telah berkhidmat slama 2 tahun lebih?

    BalasPadam
  35. bilakah permohona untuk DPILI @ KPLI akan dibuka pada tahun ini????saya berharap sangat terda[at iklan permohonan pada tahun ini????

    BalasPadam
  36. Ain - bila permohonan DPLI untuk tahun 2012?

    BalasPadam
  37. Zu Ee sini. Adakah program DPLI akan dibuka lagi? pada tahun 2013?

    BalasPadam
  38. Zu Ee Lee
    Adakah kursus DPLI akan dibuka pada tahun 2013?
    biasanya mula dari bulan apa saya perlu meneliti iklan?
    terima kasih

    BalasPadam
  39. bila ambilan DPLI atau KPLI utk tahun 2012 akan diadakan? dh lama sgt tunggu..

    BalasPadam
  40. Jenny said
    Saya ingin tanya bilakah DPLI 2013 akan dibuka ? terima kasih

    BalasPadam
  41. Salam sejahtera Tuan,

    Bila iklan kpli/dpli akan ada?

    Sekian, terima kasih.

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90