Iklan Pengambilan Kekosongan Jawatan Konstabel Lelaki PDRM 2011


* Klik pada gambar untuk lihat dengan lebih jelas


IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN
KONSTABEL LELAKI
POLIS DIRAJA MALAYSIA

“TEGAS, ADIL DAN BERHEMAH”
www.rmp.gov.my



JAWATAN :
- KONSTABEL LELAKI

Rujukan: FTMT 1/2010 DLM KPN (PR) 114/4
Gaji Pelatih: RM897.00
Gaji Konstabel: RM897.00 - 2,256.19
Elaun Khidmat: RM115.00
Insentif PDRM: RM200.00
Elaun Perumahan: RM275.00
* Semasa dalam latihan Elaun Sara Hidup (COLA) dibayar RM50.00 hingga RM150.00 mengikut Pusat Latihan.

SYARAT SKIM PERKHIDMATAN :

Kelayakan:
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 28 tahun pada tarikh tutup iklan
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan Kepujian dalam Bahasa Malaysia / Melayu
- Bagi Peperiksaan SPM sistem terbuka mestilah mendapat Kepujian dalam 2 matapelajaran termasuk Bahasa Melayu dan lulus 4 matapelajaran lain dalam satu atau dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut. Pegawai Rendah Polis Polis yang sedang berkhidmat sebagai Konstabel Sokongan boleh juga memohon. Siji rujuk Perintah Pasukan Khas PDRM untuk makluman lanjut.

Kelayakan Fizikal:
- Tinggi sekuarang-kurangnya 1.63m
- Berat badan sekurang-kurangnya 50 kg
- Ukuran lilitan dada biasa 81 sm dan 86 sm semasa menarik nafas
- Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata / sebarang alat bantuan
- Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat
- Diakui sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan termasuk pemeriksaan X-Ray

TARAF JAWATAN : TETAP

CARA MEMOHON :
- Permohonan hendaklah menggunakan Borang POL.262 (Pindaan 1/2008) secara PERCUMA di Ibu Pejabat Polis Daerah berhampiran

- Pemohon hendaklah hadir sendiri di IPD dengan membawa sijil asal SPM

- Borang akan diberi kepada pemohon yang mencukupi syarat di atas

- Permohonan daripada Pegawai-Pegawai Kerajaan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatanmasing-masing mengikut Perintah Am Bab A Perkara 21.

SILA PATUHI ARAHAN DI DALAM BUKU PANDUAN PENGISIAN BORANG. BORANG PERMOHONAN HENDAKLAH DIISI DENGAN LENGKAP, MENGGUNAKAN BALL PEN DAKWAT HITAM DAN DITULIS DENGAN HURUF BESAR SAHAJA AKAN DIPROSES.

Semua Permohonan hendaklah disertakan dengan:

a) Salinan kad pengenalan dan sijil kelahiran pemohon

b) Salinan kad pengenalan dan sijil kelahiran ibu bapa

c) Salinan Sijil SPM dan kelulusan yang lebih tinggi

d) Salinan Sijil Berhenti Sekolah dan lain-lain sijil seperti ko-kurikulum dan Surat Penghargaan


ALAMAT SURAT MENYURAT:

Permohonan hendaklah dihantar kepada:

KETUA POLIS NEGARA
(UNIT PENGAMBILAN)
IBU PEJABAT POLIS DIRAJA MALAYSIA
50560 BUKIT AMAN
KUALA LUMPUR.

03-22626320 / 22627559

TARIKH TUTUP : 09/03/2011

PERHATIAN:
Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap permohonan sebagai tidak berjaya.


MUAT TURUN IKLAN:
http://www.ziddu.com/download/13984721/IklanPengambilanKonstabelPolisLelakiPDRM2011.pdf.html
Next Post Previous Post
100 Comments
  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Selasa, 16 Ogos 2011 pada 10:20:00 PTG SGT

    Mengharap jasa baik kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri melanjutkan had umur maksimum dari 28 ke 30 tahun untuk kemasukan menjadi anggota polis bagi yang mempunyai kelulusan diploma dan keatas...Ramai graduan yg kebanyakkannya berumur 29 dan 30 tahun masih menganggur...Berilah peluang kepada mereka2 ini yg masih menanggur untuk mendapatkan satu pekerjaan yg tetap dan menjamin masa depan mereka...Ayuh!!! kerajaan malaysia...buktikanlah konsep rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan...Kasihanilah kepada mereka2 yg sagat terdesak ini peluang pekerjaan dalam badan beruniform... Sekian

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Khamis, 27 Oktober 2011 pada 8:50:00 PTG SGT

    kepada pengambilan polis yang budiman saya sangat mengharapkan permohonan saya dalam polis nanti di pilih, insyallah saya inginkan ibu bapa saya berasa bangga dengan adanya kejayaan saya dalam pdrm kelak..

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Selasa, 1 November 2011 pada 12:04:00 PTG SGT

    xde ke pengambilan utk wanita...tiap tahun msti asik laki jer..bg la pluang kpd wanita plak... ramai wanita yg minat dgn kerjaya beruniform ni tp xdi beri pluang utk mbuktikan wanita jgk mampu buat apa yg laki buat... jgn pandang wanita sebelah mata..wanita mampu mngoncang dunia...

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Rabu, 2 November 2011 pada 11:46:00 PTG SGT

    Ye betul tu...sebelum ni saya pernah mencuba untuk memohon sayangnya rezeki tiada..semasa pengambilan borang PDRM untuk jawatan inspektor,umur saya 28thn 7 hari..Tuan tu kata umur dah lebih had....sedih rasanya.....

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Khamis, 3 November 2011 pada 11:09:00 PG SGT

    tau xpe... sy pon pernah mohon bila g IPD Tuan tu ckp berat kurang..bila dh mantain..tiap2 thn tunggu..tunggu.tunggu kot2 da permohonan utk wanita,tp hampeh..utk wanita xde..laki jaa... sampai bila nk tunggu? umur dah mningkat tp wanita langsung xdberi pluang utk kerjaya beruniform.. trpaksa kuburkan impian n cita2... sedih rasanya bila cita2 yg kita impi n angankan xdpt dkecapi... huhuk..

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Selasa, 8 November 2011 pada 7:27:00 PTG SGT

    bile permohonan polis kuar untuk tahun 2012 bulan berapa..kalo kita ade sijil plkn..adakah lagi senang untuk kita sertai polis..

  • MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN)
    MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) Selasa, 8 November 2011 pada 10:21:00 PTG SGT

    Umur pelatih polis dihadkan atas faktor perundangan dan kesesuaian dengan pelatih lain. Namun, kemungkinan ia dinaikkan di masa depan.

    Buat masa ini belum pasti lagi bila pengambilan polis akan datang. Tunggu iklan pengambilan oleh PDRM.

    Pemohon yang ada sijil PLKN ada kelebihan namun perlu mengikut syarat dan melepasi ujian yang ditetapkan seperti pemohon lain juga.

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Ahad, 13 November 2011 pada 2:03:00 PG SGT

    salam semua..

    saya ingin bertanya kepada sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat tentang pengambilan polis 2012..

    kerana ada khabar angin mengatakan bahawa kemungkinan iklan polis akan di buka pada bulan 12/2011 ...dan ada khbar angin mengatakan pengambilan polis kan di bekukan selama 3 tahun kerana kerajaan kekurangan bajet..

    harap khbar angin yang mengatakan pengambilan dibekukan itu tidak betul..sama2 la kita berdoa agar di permudahkan untuk mencapai impian kita sebagai anggota polis di raja malaysia..

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Khamis, 17 November 2011 pada 8:50:00 PTG SGT

    salam... sy dh folow semua steps yg diarahkan.. tp sy nak tau dan sy harap ada sape2 yg bleh terangkan pada sya, macam mana nak tau permohonan sy lulus atau tidak? adakah melalui poskad yg dihantar semula pada alamat rumah sy atau melalui telepone?

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Rabu, 23 November 2011 pada 12:32:00 PG SGT

    kalo semu keja laki pn pompuan mau nt pompuan lebih dr laki..maknanya nak dkat kiamat dh..

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Selasa, 29 November 2011 pada 6:23:00 PTG SGT

    salam...

    yang temuduga kedua untuk pdrm 2011 sudah ye ?
    bila ek ?
    saya minta sgt PDRM ni...
    tp senyap je...

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Rabu, 7 Disember 2011 pada 10:31:00 PTG SGT

    bulan 3 pun blum dapat pggilan lg.

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Selasa, 13 Disember 2011 pada 12:40:00 PTG SGT

    bila tarikh last pengambilan konstabel lelaki pada tahun 2011?dari selapas bulan 3 hary tu lagi saya dok menunggu bile iklan polis nk keluar..

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Selasa, 13 Disember 2011 pada 10:08:00 PTG SGT

    macam mana nak tahu bila borang pengambilan poils sudah keluar? agak2 bila pengambilan untuk tahun 2012 ni?

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Khamis, 22 Disember 2011 pada 5:54:00 PTG SGT

    ad tak borang peganmbilan polis utk 2012??

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Isnin, 26 Disember 2011 pada 5:29:00 PTG SGT

    ingin bertanya sedikit. saya hanya seorang pelajar lepasan diploma dan berumur 21 thn. rakan2 saya mengatakan klu masuk polis sekarang saya hanya akan mendapat jawatan konstabel. klu nk sambung bljr degree, 4 thn lg. takut klu dh 25 thn permohonan x diambil. klu masuk polis sekarang, ada chance nk sambung belajar tak? klu boleh, adakah ia akan memberi perubahan kepada pangkat saya nanti?
    terima kasih.
    magendran.

  • pinky lady
    pinky lady Isnin, 2 Januari 2012 pada 1:12:00 PTG SGT

    siti farzariah zamahari:pengambilan untuk wanita bla?

  • Zucca Qee
    Zucca Qee Rabu, 4 Januari 2012 pada 11:04:00 PTG SGT

    Assalamualaikum , saya pelajar lepasan SPM 2009 . saya nak tanya bila pengambilan pelatih wanita 2012 ? kalau boleh saya ingin memohon pengambilan pelatih wanita 2012 .

    terima kasih,

    aqilah suhaimi

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Rabu, 11 Januari 2012 pada 5:35:00 PTG SGT

    saya lepasan diploma dan umur 24 thn...saya nak tnya bolehkah sekiranya kita telah berkhidmat dalam PDRM dan ingin melanjutkan lagi pelajaran semasa dalam perkhidmatan..?

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Khamis, 12 Januari 2012 pada 4:29:00 PG SGT

    sekarang nie betul atau tidak yg pengambilan polis di beku kan selama 3 tahun!jangan patah kan hati saya!saya mahukan hidup yg lebih baik dari tak ada apa2 !tolong la!tolong la!

  • MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN)
    MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) Khamis, 12 Januari 2012 pada 3:52:00 PTG SGT

    Setakat ini belum tahu lagi bila pengambilan polis akan datang. Jadi, tunggu dan berdoa sajalah. Adalah tidak munasabah untuk membekukan pengambilan sampai 3 tahun sedangkan setiap tahun, ramai polis yang bersara. Jangan dengar khabar angin.

    InsyaAllah, blog ini akan memaklumkan jika ada pengambilan baru.

    Soal jika memasuki polis dan anda ingin menyambung pelajaran itu, pada pandangan saya agak sukar memandangkan tugas polis pun sibuk. Agak sukar untuk anda belajar. Jika ada ijazah pula, terpaksa memohon jawatan lebih rendah kerana Pengambilan ASP sudah dihentikan. Lantikan ASP hanya melalui kenaikan pangkat kakitangan sediaada.

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Ahad, 15 Januari 2012 pada 3:06:00 PG SGT

    pengambilan pdrm dibekukan sehingga 2018

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Ahad, 15 Januari 2012 pada 1:09:00 PTG SGT

    bagaimana bagi calon yang berjaya dalam temuduga jawatan konstabel tahun 2011 bulan 3 taun lepas tapi tak jugax2 dipanggil temuduga?

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Ahad, 15 Januari 2012 pada 1:11:00 PTG SGT

    ada juga khabar angin mengatakan bhwa tiada pngmln pelatih baru selama 3 tahun...harapx2 ini tidak benar...

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Isnin, 16 Januari 2012 pada 9:46:00 PTG SGT

    mcm mana dgn pengambilan konstabel polis 2011 adakah dipanggil temuduga dah.

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Selasa, 17 Januari 2012 pada 2:11:00 PG SGT

    dalam 2-3 tahun ni pengambilan pdrm akan dibekukan
    P/S: sumber dr kawan yng tamat latihan inspektor 7 januari 2012 kat pulapol KL.

    stpm/diploma=pangkat sarjan kalo x silap cume gaji je berbeza
    ijazah=pangkat inspektor

    pengambilan pdrm bgantng pada kelulusan spa.. TQ

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Rabu, 18 Januari 2012 pada 6:37:00 PTG SGT

    salam..tumpang tanye, sekirenye kita dah prnh bkhidmat dlm pdrm, n then bhenti keje/buang keje atas sbb2 yg tertentu, boleh tak nak mohon blk jawatan dlm pdrm?? tq.

  • MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN)
    MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) Khamis, 19 Januari 2012 pada 3:34:00 PG SGT

    Kalau berhenti bukan dengan sebab tindakan tatatertib, boleh memohon semula. Tapi kalau diberhentikan sebab tindakan tatatertib dan dibuang kerja, memang tidak boleh memohon semula.

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Khamis, 19 Januari 2012 pada 5:30:00 PTG SGT

    bila pengambilan polis wanita akan kuar...???da lama sy tunggu... :(

  • Unknown
    Unknown Jumaat, 20 Januari 2012 pada 9:38:00 PG SGT

    nk tanya sikit.. betul ke pengambilan polis dibekukan selama 3 taun???

  • MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN)
    MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) Jumaat, 20 Januari 2012 pada 10:23:00 PG SGT

    PDRM tidak pernah membuat pengumuman rasmi pembekuan jawatan. Ia hanya cakap-cakap orang.

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Selasa, 24 Januari 2012 pada 9:15:00 PTG SGT

    ya memang betul telah dibekukan untuk 3 tahun..sebab lathihan bulan lepas untuk inspector telah melatih sebanyak 1000 pegawai..jadi tiada pengambilan untuk 3 tahun lagi..mungkin pada 2014 atau 2015

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Khamis, 26 Januari 2012 pada 1:38:00 PG SGT

    tiada pengumuman rasmi menyatakan bahawa PDRM membekukan pengambilan anggota sehingga 3 tahun?...agak mustahil untuk membekukan pengambilan tanpa sebarang pengumuman rasmi...

  • eeeg
    eeeg Khamis, 26 Januari 2012 pada 6:51:00 PG SGT

    tidak kot kalau beku selama 3 tahun pon munkin pelatih inspektor,,mana logik..setiap tahun orang bersara...pangkat rendah lagi ramai..tkkan nk beku,sapa nk ganti

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Jumaat, 27 Januari 2012 pada 3:05:00 PTG SGT

    temudga pdrm pngkt knstbel,buln3/2011 npe blum ada respon??hmpir smua bg komen xde rspon...adakah mungkin d bekukan??oh tidakkkk..huhu

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Sabtu, 28 Januari 2012 pada 11:33:00 PG SGT

    bila iklan polis nak bukak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!yA ALLAH!!!!!!!!!!!AKU nak keje sbgai anggota polis!kakitangan kerajaan!aku nk bg mak bapak aku bangga ! ! ! !Ya allah aku nk bina masjid!awek da keje kerajaan!(nurse) aku bila plak!tolong la!!!!!!!!!!!!!!!(luahan hati)*takut sangat,semakin hari semakin tua*

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Ahad, 29 Januari 2012 pada 3:19:00 PTG SGT

    bolehkah saya memohon sekiranya gigi saya bertaring..

  • MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN)
    MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) Ahad, 29 Januari 2012 pada 7:17:00 PTG SGT

    Takde masalah kalau bertaring. Yang penting lepas ujian fizikal.

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Selasa, 31 Januari 2012 pada 1:16:00 PTG SGT

    BUKHARI B ZAINAL

    Salam,sy nk tanya ini?
    Bolehkah sy memohon PDRM sekiranya sy ada pkai(BRACES GIGI,hehe!

    Skrg ni umur sy baru 21 tahun.Sy x kisah pun jawatan apa yg disandang sekiranya terpilih.Sy minat sgt PDRM ni coz sy dari kecik mmg itulah cita2 sy dan dari kecil juga lah sy menbesar dengan uniform PDRM ni.

  • syameer
    syameer Jumaat, 3 Februari 2012 pada 9:10:00 PTG SGT

    bila agaknya pengambilan konstabel 2012 buka,, dah 2 tahun saya cuba minta tapi x pernah dapat,,

  • MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN)
    MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) Jumaat, 3 Februari 2012 pada 9:41:00 PTG SGT

    Belum boleh agak lagi bila. :)

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Sabtu, 4 Februari 2012 pada 6:09:00 PG SGT

    Bagaimana status permohonan jawatan konstabel lelaki Polis Diraja Malaysia yang dikeluarkan pada 27 Februari hingga 9 mac 2011 iaitu bulan mac tahun lalu ? Adakah telah dipanggil temuduga atau belum ada jawapan dari unit pengambilan Bukit Aman ? TERIMA KASIH...

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Sabtu, 4 Februari 2012 pada 8:47:00 PTG SGT

    pengambilan anggota dibeku selama 3 tahun..

    Sumber;Pegawai gerakan PGA sarawak.

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Ahad, 5 Februari 2012 pada 3:04:00 PG SGT

    jika pembekuan pengambilan anggota selama 3 tahun berkuatkuasa dari tahun lepas iaitu 2011, maka tempoh pembekuan itu berakhir ialah pada 2014. Jadi, sesiapa yang lahir dalam tahun 1987 hingga 1989,impianya memakai uniform polis dan berkhidmat dalam pdrm semakin tipis dan mungkin sesetengahnya terkubur..........apapun aku berdoa kepada tuhan agar hajat,cita-cita dan impian untuk berkhidmat dalam pdrm menjadi kenyataan........pada 2014, umur aku akan menjangkau 25 tahun dalam bulan julai, rasanya sudah tua untuk memohon..........

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Ahad, 5 Februari 2012 pada 1:39:00 PTG SGT

    salam.
    dapat news dari jurulatih pulapol KL.
    dengar kata pengambilan akan dibuat, tp tak pasti samada konstabel/inspektor.
    pada pendapat i, rasanya konstabel, pasal ada lanjutan umur berkhidmat dr 58-60, so, byk kekosongan pencen2 tu tiba2 dihancurkan. bagaimanapun, sentiasa tengok surat khabar, kalau bekas kor suksis boleh tanya balik jurulatih dulu, kalau yg betul2 minat, kena sabar lah, sabar sebahagian dr iman :)
    at last, doa lah kuat2 agar cita termakbul.
    amin.

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Selasa, 7 Februari 2012 pada 3:04:00 PTG SGT

    kalo btoi ada pgmbilan..mintak2 la pgmbilan puan2 plk... kaum puan2 slu ja dpinggirkan... jgn pndang puan2 sblah mata...ramai puan2 yg da cita2 nk kja uniform..tp xdberi pluang..

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Rabu, 8 Februari 2012 pada 7:30:00 PTG SGT

    bila pengambilan polis 2012 akan diadakan,,,bulan mac tahun lalu belom panggil lagi atau tidak.
    ??? terima kasih

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Khamis, 9 Februari 2012 pada 12:53:00 PG SGT

    harap2..bulan mac nie la pengambilan nye..n harap2 dapat laa di serapkan..biar itu jd satu hadiah bezday aku yg paling istimewe..
    amin

  • mohd rashidie
    mohd rashidie Selasa, 14 Februari 2012 pada 1:10:00 PTG SGT

    kenapa tiba2 ada pembekuan sedangkan ada pengmbilan mac 2011 tahun lalu.. takkan tiba2 dibatalkan sedangkan permohonan sdh d hantar. jadi permohonan itu utk apa,untk d buang??... dalam masa 3 tahun itu sdh pasti pengambilan baru akan dibuat. klu ya pun, kenapa tdk diurus pengmbilan tahun lalu terlbih dahulu?..

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Rabu, 15 Februari 2012 pada 2:56:00 PG SGT

    mcm mne ni???x kan la temuduga polis belum di jlnkn lg??dr bln feb belum ad ap panggilan pon...agaknye sape2 yg mntak pada bulan feb langsung x dpat ke??please answer me,,,

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Khamis, 16 Februari 2012 pada 11:30:00 PTG SGT

    yup.memang betul bln 3 ni dh ada tmuduga .sbb sy dh dpt surat menghadiri tmuduga@ujian fizikal trsebut di ipk kuantan 15.3 ni..syukur.n harap brjaya dlm tmuduga 2 nanti.

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Jumaat, 17 Februari 2012 pada 10:37:00 PTG SGT

    SEMAKAN STATUS PERMOHONAN KONSTABEL LELAKI 2011

    Pemohon-pemohon jawatan Konstabel (Lelaki) yang telah diiklan pada 27/02/2011 boleh membuat semakan surat panggilan temu duga melalui Ibu Pejabat Polis Daerah yang berhampiran mengikut alamat surat-menyurat calon.

    Bagi calon-calon di Semenanjung Malaysia semakan boleh dibuat mulai 20/02/2012 (Isnin) dan calon-calon di Sabah dan Sarawak pada 25/02/2012 (Sabtu).

    Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat kelayakan akademik / fizikal seperti yang diiklankan akan dipanggil menjalani ujian fizikal / temu duga mulai 04/03/2012 sehingga 20/04/2012 di pusat-pusat temu duga yang telah ditetapkan.

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Sabtu, 18 Februari 2012 pada 9:30:00 PG SGT

    SEMAKAN STATUS PERMOHONAN KONSTABEL LELAKI 2011

    Pemohon-pemohon jawatan Konstabel (Lelaki) yang telah diiklan pada 27/02/2011 boleh membuat semakan surat panggilan temu duga melalui Ibu Pejabat Polis Daerah yang berhampiran mengikut alamat surat-menyurat calon.

    Bagi calon-calon di Semenanjung Malaysia semakan boleh dibuat mulai 20/02/2012 (Isnin) dan calon-calon di Sabah dan Sarawak pada 25/02/2012 (Sabtu).

    Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat kelayakan akademik / fizikal seperti yang diiklankan akan dipanggil menjalani ujian fizikal / temu duga mulai 04/03/2012 sehingga 20/04/2012 di pusat-pusat temu duga yang telah ditetapkan.

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Sabtu, 18 Februari 2012 pada 12:27:00 PTG SGT

    INFO PDRM 17/02/2012 :PEMOHON YANG MEMOHON JAWATAN KONSTABEL LELAKI PADA MAC 2011 BOLEH MENYEMAK NAMA DAN ALAMAT MASING2 DI IPD ATAU IPK TEMPAT AMBIL BORANG LALU

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Sabtu, 18 Februari 2012 pada 1:35:00 PTG SGT

    salam.
    baru keluar secara rasmi dlm website rasmi pdrm, www.rpm.gov.my bhw sesiapa yg memohon konstable march intake tahun 2011, boleh membuat semakan di pejabat polis daerah mengikut alamat menyurat masing-masing.
    sila rujuk website tersebut, bab pengumuman, ada nyatakan di sana.

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Ahad, 19 Februari 2012 pada 12:42:00 PG SGT

    salam,,mcm mana dgn prmohanan mac 2011??burn bgitu je ker??bila prmohonan bg 2012???please info,,,thanksss

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Ahad, 19 Februari 2012 pada 9:48:00 PG SGT

    salam

    saya sangat berminat dgn PDRm ne selama saya hidup x pena lg berkhidmat untuk negara. saya hrp bln 3/2012 ne ada pengambilan PDRM...

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Ahad, 19 Februari 2012 pada 8:41:00 PTG SGT

    bilakah sesi temuduga polis 2012 akan diadakan?saya memiliki diploma,apakah jawatan yang akan saya sandang sekiranya saya dipilih dalam sesi temuduga tersebut? tq. saya memerlukan jawapan soalan tersebut.

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Selasa, 21 Februari 2012 pada 8:47:00 PTG SGT

    BILA PEREMPUAN ADE PENGANMBILAN :)
    BERMINAT SGT2 NI..

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Khamis, 23 Februari 2012 pada 9:06:00 PG SGT

    bulan 3 ni ade temuduga polis..permohonan tahun lepas punye panggilan.aku ade dapat surat panggil temuduga,yg ni dah masuk 3 kali aku temuduga.bile la nak rezeki ni..minat ade tapi takde rezeki.

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Jumaat, 24 Februari 2012 pada 6:45:00 PTG SGT

    sy nak tanye,sy amat berminat dgn jwtn aggota polis,tinggi ,berat semua ok tp mata kalau sy pakai contact lense bleh tak coz sy rabun jauh...tolong lah...harap dipertimbangkan.

  • khery
    khery Jumaat, 24 Februari 2012 pada 6:59:00 PTG SGT

    diploma rasenye sarjan...bln 3 ni dh ade pggilan interview untuk permhonan yg taun lepas 2011

  • mario bosz
    mario bosz Sabtu, 25 Februari 2012 pada 9:08:00 PTG SGT

    slm.temuduga untk 2012 ni pd bln dpn,bln 3..sape2 yg ada wat pmhonan pd taun lepas,blh semak kptusan pmhonan di blai2 brkdatan dan dgn itu akan mengkuti ujian fzikal/tmuduga..tq

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Ahad, 26 Februari 2012 pada 8:51:00 PG SGT

    pengambilan polis tahun lepas.dah dpt surat dah...so pengambilan polis akan diambil berdasakn fakta 2008: berita harian..polis akan ambil sehgga mencpai sasaran polis konstbl 60000 org...setiap tahun akan amik 10 ribu lbh..so dont worry

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Isnin, 27 Februari 2012 pada 11:20:00 PTG SGT

    kepada tuan yang dihormati,salam 1MALAYSIA.saya anggota sukarelawan polis telah berkhidmat selama 3 tahun.saya ingin memohon jawatan konstabel sokongan.saya ingin menggunakan sijil pmr untuk memohon..tetapi saya kekurangan kredit dalam matapelajaran matematik manakala ada kredit bm dan bi...harap tuan dapat tolong..daripada SP80284 Philips a/l Thomas cherian

  • Keluang_man
    Keluang_man Selasa, 28 Februari 2012 pada 9:23:00 PG SGT

    salam, sy ejat dr serdang, da dpt pngilan da mggu lps, 20hb ni invw fizikal, cm na ek... huhu bleh contact mail sy bangkaisampah@gmail.. :-)

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Selasa, 28 Februari 2012 pada 1:51:00 PTG SGT

    saya ada pergi temuduga masa bulan feb/mac 2011.saya pergi dengan kawan saya.tp baru seminggu lepas kawan saya dapat surat untuk ujian fizikal.saya ingat memang dah tak ada jawapan dari pihak PDRM.saya je la yang tak dapat lagi..entah dapat entah tidak...

  • syameer
    syameer Khamis, 1 Mac 2012 pada 7:43:00 PTG SGT

    Rasanya pngambilan utk 2012 xda kot,, sbb prmohonan thun 2011 bru je d pnggil 2k tmuduga..... :-)

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Khamis, 1 Mac 2012 pada 9:19:00 PTG SGT

    gigi saye tk x 2 btang kat dpan..tapi saye pkai gigi palsu...boleh k masuk polis

  • haqimie
    haqimie Ahad, 4 Mac 2012 pada 10:57:00 PG SGT

    bile kah pengambilan konstabel utk tahun 2012 nie????umo dh 20..dh rase takut umo makin meningkat..tolong2la info ye...

  • Nahuz Ram
    Nahuz Ram Ahad, 4 Mac 2012 pada 8:51:00 PTG SGT

    saya da dua kali ikut interview polis, ujian fizikal saya lepas utk ambil borang,bila waktu panggilan interview lagi skali xlepas pla peringkat seterusnya, sbb tangan saya sebelah kiri bengkok semula jadi..taklah bengkok sangat.. da 2x macam ni.. xda cara lain ke?

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Rabu, 7 Mac 2012 pada 10:01:00 PTG SGT

    salam
    pada saya sibuk mcmane kerjaya polis..tapi soal akademik tidak boleh diketepikan..macamne dengan anak muda sekarang?xkan mempunyai kelayakan akademik setakat tahap itu sahaja..xde peningkatan ke?sekarang pun kalau nak sambung blaja separuh masa kelas hanya sebulan skali..saya rasa polis tiada masalah nak beri kelonggaran pada anggota yang berminat menambah ilmu dan memperbaiki diri

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Jumaat, 9 Mac 2012 pada 7:12:00 PTG SGT

    Jari kelingking kanan saya pernah operation. Fungsinya berkurang sbnyak 50%,tp 9 jari yg lain okay. Adakah saya akan lulus dlm ujian fizikal? Sebelum ni jari saya ok, saya sentiasa lulus ujian fizikal.

  • well
    well Jumaat, 9 Mac 2012 pada 8:12:00 PTG SGT

    Tolong maklumkan pada saya jika ada berita tntang pgmbilan polis pada tahun ini(2012),tq

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Sabtu, 10 Mac 2012 pada 4:24:00 PTG SGT

    Arifuddin Bin Konin, salam satu malaysia kepada semua. Doa dan usaha penting dlm kehidupan seharian, jangan mudah putus asa. 19.03.2012 ini saya diminta hadir untuk temuduga kali ke 2 di IPD SANDAKAN. Mudah2han soalan pasal akta dadah berbahaya 1952 keluar. Rakan2 doakan saya lepas dari temuduga ini, amin.

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Isnin, 12 Mac 2012 pada 1:08:00 PTG SGT

    Salam..tya skit kalo ank pencen polis ade pluang cerah ke utk dterime?

  • MOHAMAD AZRI
    MOHAMAD AZRI Isnin, 12 Mac 2012 pada 8:42:00 PTG SGT

    SALAM...
    SAYA TAK PUAS HATI DENGAN PENGAMBILAN POLIS...
    SAYA SUDAH 4 KALI MINTA POLIS TAPI LANGSUNG TAK DAPAT...
    SAYA TAHU MAKIN KETAT PENGAMBILAN POLIS SEBAB MAKIN RAMAI YANG MINTA POLIS...
    TAPI KENAPA YANG TIDAK MINAT BOLEH DAPAT POLIS??
    SAYA DAN BAPA SAYA BETUL-BETUL KECEWA SEBAB BAPA SAYA SEORANG POLIS...SEORANG BAPA MAHU ANAK SULUNG JADI PEWARIS SEORANG ANGGOTA ATAU PEGAWAI POLIS....
    CUKUP MENYEDIHKAN KALAU SEORANG ANAK POLIS YANG MEMANG BERCITA-CITA TINGGI UNTUK MENJADI SEORANG ANGGOTA ATAU PEGAWAI POLIS...
    INI LUAHAN SAYA TERHADAP PENGAMBILAN POLIS YANG BAGI SY BERAT SEBELAH...
    SALAM...

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Selasa, 13 Mac 2012 pada 12:00:00 PTG SGT

    sy 9/4/2012 ujian fizikal,last year mntk bulan 3..baru pgll..doa kan sy berjaya..if dpt,dlm bulan 6 ke 7 masuk..insyallah*ahteck cheras,KL

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Jumaat, 16 Mac 2012 pada 5:10:00 PG SGT

    bila pengambilan pmpn? asek pgmbilan lelaki je. trase mcm dipinggir je

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Rabu, 4 April 2012 pada 2:23:00 PG SGT

    ahmad rehan..saya nk tanya yg mana da lepas medical check up bila kemasukan ke pulapol?

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Ahad, 8 April 2012 pada 1:12:00 PTG SGT

    klau btul2 nak bkidmat pda ngara,bnyak lg cara..knape x apply angkatan tentera malaysia jea..TDDM,TUDM,TLDM..tiap2 thun nak gna anggota

  • puaneswary
    puaneswary Isnin, 16 April 2012 pada 5:19:00 PTG SGT

    BILA PEREMPUAN ADE PENGANMBILAN :)
    BERMINAT SGT2 NI..

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Isnin, 16 April 2012 pada 6:19:00 PTG SGT

    salam...sedihnya akak,anak akak tak dapat temuduga polis baru-baru ni...sedangkan dia memenuhi syarat yang di berikan...kalaulah dia dapat jawatan tu talkah dia mengangur lagi...kesihan tengok dia minat nak jadi polis sejak kecil....susahnya ujian fizikal yang di tetap kan,....kalau ada temuduga untuk 2012....melalui apa...suratkhabar atau internet.......suria ali..

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Jumaat, 11 Mei 2012 pada 12:26:00 PG SGT

    hek! kelulusan PMR ja.. x leh dpt ka? sijil giat mara ada la lvl2.. segan plak nk g mintak.. :P

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Selasa, 15 Mei 2012 pada 1:11:00 PTG SGT

    NAMA SAYA ARWIN RAJ A/L R,SEKARAN SAYA TELAH BERLEPASAN SPM DAN MEMPUNYAI GRED YANG AGAK BAGUS. SAYA INGIN MELANJUTKAN DIRI SAYA SEBAGAI KOSTABLE. SAYA INGIN BERJASA KEPADA RAKYAT DAN SAYA AKAN BEKERJA TUNGKUS LUMUS. SEKIRANYA SAYA DIPILIH TOLONG HUBUNGI 010 822 7173 TERIMA KASIH

  • Aree Tone WoW
    Aree Tone WoW Jumaat, 18 Mei 2012 pada 2:17:00 PG SGT

    jika gagal dalam temuduga jawatan polis anda boleh pohon jawatan dalam ATM tambahan sekarang ni gaji dah naik dan kelebihan pada yang punyai diploma berkaitan.

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Isnin, 28 Mei 2012 pada 3:23:00 PG SGT

    bila keputusan temuduga tu keluar ea??

  • nash baik
    nash baik Isnin, 18 Jun 2012 pada 8:47:00 PTG SGT

    Agak2 tahun 2013 bln berapa pengambilannya??sbb sy grad pada hujung bln 9..atau tahun 2014 bila dibuka pengambilan inspektor polis??serius xsabar nk jd polis mcm bapak sy...

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Rabu, 1 Ogos 2012 pada 12:10:00 PTG SGT

    salam...sy zullailey bin ahmad...bagaimana cara untuk saya mohon dalam polis diraja malaysia...???bilakah pengambilan baru akan diadakan disemnanjung,2012..??sya berminat untuk menjadi warga polis & ingin berbakti pada bangsa,agama & negara..sekian...

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Isnin, 8 Oktober 2012 pada 6:03:00 PTG SGT

    Salam semua,ada sesiapa di sini yg bertugas d hq tolong semak status permohonan saya,rasanya saya cukup syarat,kalau tak lepas,tolong la bg lepas,klu boleh utamakan la dulu pd mereka yg hampir melebih had umur yg di tetapkan,yang muda muda tu masih byk peluang lagi kan..hope pertimbangkanlah tw.

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Sabtu, 20 Oktober 2012 pada 9:01:00 PTG SGT

    salam
    ada keraguan sikit berkaitan dengan further study untuk anggota polis..saya dah go through all the comment..betul ke susah untuk anggato polis untuk further study disebabkan bebanan kerja.saya rasa alasan tu x relevan kerana jabatan lain diberi peluang kenapa x PDRM.Kita negara membangun jadi polis pon kenalah well educated sbb polis pon akan educate masyarakat juga.

  • yourcorner
    yourcorner Khamis, 25 Oktober 2012 pada 11:24:00 PG SGT

    aslmkm tmpg tanya admin..teman pada jun lalu dah berjaya dlm smua ujian trmasuk intrview bagi jawatan lantikan terus sarjan. kini..3 bulan dah..brlum ada respon adakah permohonan dikira gagal walaupun 10 cop jari dah buat? ke kena apply next year...adusss tekanan ler menganggur...

    -azman kelate--

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Rabu, 31 Oktober 2012 pada 11:54:00 PG SGT

    aku intrview prtama lulus lam awal bulan 3 thun 2011,,intrview prtama at ipd kuala selangor,,lbih kurang setahun aku tnggu intrview yg kdua,,intrview kdua lam awal bulan 5,,aku kene g ipd sepang,,kene ujian fizikal n tmuduga,,alhamdulillah lulus gak,smpai last skali kene wat medical ceck up,,smpai skunk xdpt2,,xpe nt aku cuba lg,,go go caiyokk!!

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Selasa, 13 November 2012 pada 1:02:00 PG SGT

    assalamualaikum...
    bila nak keluar jawatan konstebal utk 2012 atau 2013 dalam paper???
    hari2 dok tengok paper tak de pon yg keluar..
    kalau adew tolong bagi tahu.. (0172420696)

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Jumaat, 29 Mac 2013 pada 9:26:00 PTG SGT

    Aslkm.. Sy nak tnya sikit.. Kalo dah jd konstabel, knaikn pangkat smpai level mna je? Smpai sarjan je ker? Harap En.Adha dapat terangkn skit.. Boleh jdi input ntuk sy.
    :)

  • Unknown
    Unknown Khamis, 5 September 2013 pada 2:15:00 PTG SGT

    Syed...Kenapa tidak didahulukan PVR ke dalam konstabel polis?

  • Unknown
    Unknown Khamis, 5 September 2013 pada 2:20:00 PTG SGT

    assalamualaikum...kenapa PVR tidak di serap ke konstable sedangkan PVR dah ada basic dalam kerjaya polis ini

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Khamis, 21 Ogos 2014 pada 10:47:00 PTG SGT

    azan saya berminat menjadi anggota pdrm tapi saya tiada sebarang sijil kerana kesusahan keluarga hadap pdrm dapat memberikan kelongaran bagi individu yang berminat menjadi pdrm bagi individu yang tiada sebarang sijil/tidak bersekolah

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Jumaat, 1 Mei 2015 pada 5:52:00 PTG SGT

    bilakah pengambilan pga senoi praaq tahun 2015 untuk kawasan perak

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Khamis, 21 Mei 2015 pada 4:14:00 PTG SGT

    Salam.. tuan sy dah dpt tarikh lapor diri utk jwatan sarjan 2015,cuma nk tanya..sy d inteview bln 3 thn 2014, tp akhir2 ni..mata sy makin kelabu, sy berminat sgt2 dgn pdrm, adkah dlm training blh d terminate..

Add Comment
comment url