UNISEL Kini Universiti Selangor

Universiti Industri Selangor (UNISEL) secara rasmi ditukar nama kepada Universiti Selangor berkuat kuasa serta merta.

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di sini pada Rabu.

Beliau berkata pertukaran nama itu dibuat selaras dengan program penjenamaan semula UNISEL yang telah berusia 11 tahun dan bagi memenuhi cabaran masa kini. "Nama “Industri”, yang diberikan untuk memenuhi keperluan industri Selangor satu ketika dahulu, perlu ditukar selaras dengan perkembangan ekonomi.

"UNISEL perlu menjadi lebih komprehensif dengan menawarkan kursus-kursus bukan sahaja industri malah sains, teknologi, bahasa dan komunikasi," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Rabu.

Menurutnya, penjenamaan semula itu sebagai proses transformasi untuk melonjakkan nama UNISEL sehingga ke peringkat antarabangsa dan setaraf dengan universiti tempatan yang sedia ada. "Penukaran nama ini telah mendapat kelulusan Kementerian Pengajian Tinggi hari ini. Kita akan mengadakan majlis sambutan sempena penukaran nama ini pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

"Dengan perkembangan akademik yang pesat, UNISEL juga perlu melakukan perubahan positif yang mencerminkan hasrat kerajaan Selangor yang mahu melahirkan modal insan yang cemerlang dan mampu menyumbang kepada kemajuan di Malaysia dan Selangor,” katanya. Beliau berharap penjenamaan semula UNISEL ini bukan hanya dari segi penukaran nama sahaja namun ia perlu juga disusuli dengan usaha dan tatacara kerja yang professional, telus dan bertanggungjawab.

- MSTAR
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url