Permohonan Pertukaran Kakitangan KPM Bukan Guru Secara Atas Talian Tahun 2011


Pengurusan Pertukaran Kakitangan Bukan Guru
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) menerima permohonan pertukaran daripada kakitangan bukan guru di Kementerian Pelajaran Malaysia. Permohonan yang dikemukakan perlu berdasarkan kepada asas-asas seperti berikut:-

a. Mengikut pasangan bertukar
b. Mencari pengalaman baru
c. Masalah peribadi (cth: jauh daripada tempat tinggal / tidak sesuai dengan persekitaran tempat kerja / ancaman keselamatan dan lain-lain sebab munasabah)

Permohonan Pertukaran Atas Talian
Permohonan atas talian ini merupakan satu lagi inovasi Kementerian dalam mempercepatkan proses permohonan pertukaran disamping dapat meningkatkan penggunaan ICT di dalam urusan perkhidmatan. Sistem ini juga dapat menjimatkan masa dan tenaga pengurus sumber manusia di peringkat Kementerian/Bahagian/Jabatan/Institusi dan sekolah.

Proses permohonan pertukaran melibatkan 3 peringkat yang melibatkan pemohon, ketua jabatan, bahagian / jabatan dan pihak Kementerian. Berikut adalah anggaran tempoh masa yang terlibat di dalam proses permohonan atas talian berkenaan:-

Peringkat Aktiviti Tempoh Masa
1 Permohonan Atas Talian oleh Pemohon 30 hari (4 minggu)
2 Kelulusan di peringkat Pengesah I dan II 30 hari (4 minggu)
3 Pemprosesan kelulusan permohonan diperingkat Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 14 hari (2 minggu)
4 Makluman keputusan permohonan pertukaran kepada pemohon 7 hari (1 minggu)


CARA & TEMPOH PERMOHONAN :

Permohonan dibuka dari 1 - 30 April 2011 dan boleh dibuat di: http://apps.moe.gov.my/etukar/


(Sila gunakan pelayar Internet Explorer sahaja)

Next Post Previous Post
9 Comments
  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Rabu, 30 November 2011 pada 1:47:00 PTG SGT

    salam...boleh ke sekiranya seseorang itu yang berjawatan tetap bertukat jabatan suruhanjaya perkhidmatan pelajaran(spp) ke suruhanjaya perkhidmatan awam (spa)?

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Isnin, 19 Disember 2011 pada 8:14:00 PTG SGT

    kalau nk tukar dari spp ke spa mmang x boleh la... kalau kita dilantik drpada permohonan & temuduga melalui spp mana bleh pegi spa walaupn brjawatan tetap...

    • UNIT SEKOLAH MENENGAH,JPNT
      UNIT SEKOLAH MENENGAH,JPNT Selasa, 4 April 2017 pada 10:11:00 PG SGT

      rasanya boleh bagi staf sokongan Pembantu Tadbir.. cuba mohon dengan SPA secara rasmi

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Isnin, 9 Januari 2012 pada 12:37:00 PTG SGT

    salam,boleh ke bertukar dari JPN,KPM ke Politeknit KPTM ?

  • Unknown
    Unknown Isnin, 26 Mac 2012 pada 2:55:00 PTG SGT

    saya nak tukar dari jpwp ke sekolah sekitar cheras@pudu@klang lama ..ada yg sudi ke jpwp?

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Rabu, 4 September 2013 pada 3:53:00 PTG SGT

    saya PT (P/O)N17- Jumud, dari sk rendah Tapah nak ke batu gajah atau kinta utara. (no. tel:05-4011354)

  • ULKS Jabatan Pendidikan Sarawak
    ULKS Jabatan Pendidikan Sarawak Selasa, 21 November 2017 pada 2:40:00 PTG SGT

    SAYA JASSY JOSSICA ANAK TUGANG DARI JPN SARAWAK . JAWATAN PEMBANTU TADBIR (KEW)19 LANTIKAN DARI SPP. INGIN MEMOHON PINDAH KE SEMENANJUNG DIMANA2 DI KUALA LUMPUR. MOHON TINDAK DARI PIHAK YANG BERKENAAN.

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Isnin, 15 Januari 2018 pada 3:48:00 PTG SGT

    blh x saya bertukar ke SK BANDAR TENGGRA 2 Kulai

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Isnin, 15 Januari 2018 pada 3:50:00 PTG SGT

    saya P/O N11 blh x kiranya saya memohon utk bertukar ke SK BANDAR TENGGAGA 2, KULAI, JOHOR.

Add Comment
comment url