Top Ad 728x90

,

Biasiswa HSBC Kini Dibuka

Pelajar Malaysia yang berhasrat melanjutkan pelajaran di institusi pendidikan tinggi swasta dan awam tempatan kini boleh memohon Program Biasisiwa HSBC.

"HSBC tidak memerlukan ikatan perkhidmatan dan kami menawarkan latihan kepada graduan berbakat berdasarkan kepada bidang kajian mereka," kata Pengarah Eksekutif merangkap Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Bank Malaysia, Jon Addis dalam satu kenyataan, Rabu.

Biasiswa itu menawarkan pembiayaan sehingga RM10,000 setahun bagi pemohon daripada universiti atau kolej swasta dan sehingga RM8,000 setahun bagi pelajar di universiti awam.

Mereka yang berminat boleh melayari laman web www.hsbc.com.my bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Tarikh tutup bagi penerimaan semua permohonan ialah pada 8 Julai, 2011.

- BERNAMA

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90